-

Tuesday, November 30, 2010

Kuliah Dr Said Ramadan Al-Buti Di masjid Negeri Shah Alam




Secara ringkas, saya berkesempatan menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh Dr Said Ramadan Al-Buti di masjid Neg. Shah Alam pada malam semalam.

Alhamdulillah, peluang yg ada saya faedahkan dengan sebaik mungkin. Namum, kerana pertembungan dengan kelas saya, saya tidak dapat mendengar kuliah hingga ke akhir.

Jadi, dengan serba ringkas makluman kepada sahabat sekelian malam ini Syeikh Dr Said telah memberi kuliah yg bertajuk “Ad Daulah Islamiyyah” dan akan diterjemahkan oleh Dr Zukiflie Al Bakri atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mursyid’.

Antara point penting yang sempat saya rakamkan:

1.Mengenai biodata Dr Said. Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian beliau di lahirkan di Negara Turki di perkampungan yg bernama ‘Jilka’ pada tahun 1929.Beliau mula belajar agama di Universiti Al-Azhar Mesir sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Phd.

Sehingga kini beliau telah menulis lebih kurang 40 buah buku dan yang masyur ialah ‘Fiqh Sirah’ yg menjadi rujukan seluruh dunia. Dalam perbincangan ilmu mala mini beliau bercakap dengan suara perlahan kerana faktor usia mungkin. Tapi fizikal nampak kuat lagi.

2. Dipermulaan kuliah beliau menyarankan terlebih dahulu kita sebagai umat Islam kena Ikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah kerana Allah Ta’ala bukan kerana harta, pangkat dan individu tertentu.

3.Semua itu perlu kembali kepada Nabi Muhamad saw dengan mengikut setiap langkah perjalanannya dalam segenap segi.

4.Para sahabat baginda sentiasa mengkaji bagaimana untuk menjadi seorang hamba yang memenuhi krateria dalam agama Allah iaitu Islam.

5. Kita semua maklum tentang sejarah Islam, sepanjang 13 tahun para sahabat menetap di Makkah Mukarramah selama itulah mereka diseksa yang dipulau. Kemudian, kekuasaan Daulah telah dikembalikan oleh Allah. Apakah seksaan yang mereka yakni para sahabat terima sebelum ini dibalas balik, jawapannya tidak.

6. Wujudnya Daulah Islamiyyah semasa kebangkitan Islam merupakan janji Allah kepada mereka yang berkorban jiwa raga, anak bini dan seumpamanya. Sebagaimana firman Allah yg bermaksud “ Kami akan gantikan keadaan takut mereka kepada keamanan”. Ini janji dan hadiah daripada Allah.
7.Kemudian, saat Daulah Islamiyyah mencapai kemuncak 2 perkara yg penting perlu kita kaji, selidiki, amati dan praktik dalam diri masing-masing, perkara tersebut ialah:

a. Wazifah.(Pangkat)
b. Hadiah.

8.Sekiranya kita bertanyakan kepada 4 Khalifah agung, pernahkan mereka bermimpi untuk mendapatkan wazifah sebagai pemimpin selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, ternyata tidak sama sekali. Ini semua ketentuan Allah.

9. Oleh kerana zaman sekarang zaman IT masing-masing ingin berlumba-lumba untuk mendapatkan kemasyhuran jadi agama diabaikan. Di tambah pula dengan pelbagai mazhab, parti politik, kaum dan budaya menyebabkan umat Islam tidak boleh bersatu dalam masa yg sama kerugian kembali kepada umat Islam itu sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...