-

Saturday, December 4, 2010

Borak malam hari: Sang nyamuk.


Nyamuk ni kan suka main lantak dia je nak hisap kat mana darah. Dekat betis, walaupun berserabut dengan helaian-helaian bulu betis jalan je. Atas hidung. Atas hidung pun dia gigit dah la hidung aku mancung ehmm... Eee geram sungguh aku. Baru angkat tangan nak melempang hilang fuussss…

Terbang cari location yg lebih selesa dan terasa agak selamat. Pusing-pusing weooo weooo mata liar meneliti setiap lokasi dahi, lengan, tengkuk dan atas tangan dan kaki. Lalu memfokus satu lokasi yg sedikit membojol ok kawasan selamat. Jangan lepaskan peluang.


Ssseeranggg!


Terkena atas bontot! Opss tersilap. Mujur angin karbon monoksida si mangsa sempat keluar psssttt..udara jadi kehijauan+ kehitaman. Power punya angin. Terpelanting sang nyamuk semacam kena penumbuk gedebukk, jatuh bergolek!

Pening sejenak rasa nak pitam. Uwekkss nak muntah pun ada. Kurang asam punya manusia dah la aku penat terbang cari makan. Ada ke dia bagi hadiah angin power kat aku. Jaga nanti kau.

Rasa tidak puas hati semakin membuak-buak di dalam dada sang nyamuk. Seolah sebiji belon yg sedang di isi dengan air. Semakin penuh bukan semakin nak pecah akan tetapi semakin lanjut ke bawah.

“Tak pe aku sedar siapa aku. Tubuh kecil ringan pula. Tapi aku ada jarum. Sekali aku cucuk merana kau. Darah aku sedut haha padam muka”.

Si nyamuk tidak mengalah terbang lagi entah ke berapa kali. Weooo weoo pusing menuju ke atas kemudian ke bawah menjeling seketika kut-kut dia dah asyik menaip. Menaip apa lagi menaip blog la tu. Tak de keje lain blog blog blog.

Apabila dia dah syok menaip itulah masa sesuai untuk aku membuat serangan yg keseterusnya.

Ok dia dah syok, seranggg!!! meluru laju gear 4 tambah laju lagi masuk gear 5 tiba-tiba Aaaasyummm!! aduihhh tempias angin kuat bersinnya terkena kepada aku. Berlipat sirat jatuh ke karpet warna hijau.

Jatuh lagi. Eeeee si nyamuk pun kepal ke dua belah tangannya. Jari-jemarinya diramas kuat. Aku bagi penumbuk ni baru tau. Tadi dah kurang asam ni kurang asam lagi.

Kesian kat aku. Aku lapar ni. Nak makan burger tak de duit. Kalau ada duit bukan setakat burger king yg aku beli akan tetapi ngan kedai-kedai burger king aku beli.

Huhuhu …tapi masalahnya makanan aku hanya darah. Aku kena hisap darah untuk hidup. Tolonglah aku. Bagi la aku hisap sedikit darah. Punyala kedekut manusia tahik hidung masinn! “Ciss walaupun muka mu tidak ku kenang tetapi lubanGGG hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”.

Hahaha lawak lawak..nak hiburkan hati yg sedang terluka. Aku tak boleh mengalah. Berusaha, aku akan terus berusaha. Bab kata pepatah melayu “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”.

Ok rileks sekejap. Tarik nafas emm lepaasss aaa..positifkan fikiran. Buang jauh-jauh perasan takut. Takut apa nye takut mati ler.

Tak makan pun akan mati juga. Walaupun aku mati, mati aku mesti mati yg mulia kerana aku mati kerana nak cari makan. Bukan macam setengah manusia mati katak.

Tak sempat bertaubat itulah mati katak. Sbb katak mati mane ler dia ada bertaubat. Buat bodo je.

Wokey, peluang ada. Nampaknye dia asyik sangat dah tu. Seranggg!!! dapat mendarat di lengan. Tanpa melengahkan masa aku mula cucuk jarum untuk hisap darah. Kelepuk! Uiks mati dah beb.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...