-

Monday, December 6, 2010

Makan tebu

Lebih kurang 8 bulan yang lalu saya ada tanam tebu di belakang rumah, alhamdulillah hari ini dapat ambik dan makan. Rasenya memang manis. Air tebu biasa dah minum tapi kalau makan secara gigit atau kekoh orang Kelantan sebut lagi syok dan puas.

Mengapa, kerana minum air tebu kena beli kecualilah tuan punya kedai bagi free tak yah dok susah keluar duit nak beli. Satu perkara, tahap kebersihan orang yang jual air tebu diragui. Dari batang tebu yang di ambil entah basuh atau tidak. Agaknya lepas kerat batang tebu sisip buang kulit dan mesin keluarkan air tebu. Kemudian jual.

Cakap pasal makan tebu tadi orang dulu-dulu cakap antara petua untuk menguatkan gigi kita ialah makan batang tebu gigit habis-habisan. Hampas tu buang la jangan telan pulak.

Syok juga time dok saje tak de keje atau sambil keje kat rumah makan tebu. Lebih-lebih sambil tengok bola. Sekali gol masuk terkejut dan over excited tebu bukan setakat gigit dengan hampas-hampas dia telan.

Tinggi la jugak pokok tebu ni, silap haribulan kalau tak ikat dengan tali boleh patah atau tumbang


Batang tebu besar jugak nampak


Nak makan tu sisip buang kulit dulu baru sedap kunyah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...