Thursday, June 16, 2011
Menghina tetap menghina
di
11:49 AM
Tidak kira sebelah pihak mana baik pihak Pas baik pihak UMNO dan baik pihak yang lain-lain menghina tetap menghina. Lebih-lebih lagi melibatkan syariat Islam. Lagi-lagi la jahat bagi mereka yang membuat penghinaan umat Islam itu sendiri.
Jaga baik-baik. Sekarang ‘utusan’ banyak kena hentam oleh ramai pihak yang mendokong syariat Islam. Di sebabkan kartun yang menceritakan bagaimana dua orang individu seorang Imam dan seorang polis menangani masalah kes rogol.
Dalam Al-Quran sendiri kan ada menjelaskan hal ini. Kena ada 4 orang saksi yang boleh dipercayai untuk mensabitkan kesalahan. Bagaimana penyaksiaan tersebut terpulang kepada Qadi yang menjatuhkan hukuman.
Ni main-main dengan hukum. Tak tahu langsung menjaga sentiviti umat Islam bukan setakat di Negara kita malah di Negara luar juga.
Apabila berlaku perkara sedemikian, keburukkan dan kejahatan yang selama ini terselindung akan tersembur kelihatan tak boleh lagi disorok. Orang ramai dah nampak.
Nyanya la, utusan dakwa akhbar mereka merupakan akhbar yang boleh dipercayai dan benar. Tapi sudut keagamaan mereka failed. Ditambah dengan niat yang tidak baik untuk menghentam satu pihak akan tetapi tersilap percaturan tidak kaji terlebih dahulu kandungan kartun tersebut bagaimana.
Cukup la membuat orang meluat jangan sampai meluat kemudian mereka meludah pula. Kita rakyat yang berpendidikan bukan orang pakai cawat. Biar anak-anak kecil je yang pakai cawat.
Berfikiran pun jangan dicawatkan kena berseluar panjang. Biar fikiran tu panjang juga. Kartun tidak berdosa. Siapa yang lukis dan membenarkan ia dipaparkan akan berkongsi dosa. Pendek kata yang mengia nya juga akan turut terlibat sama.
Cukup la deh utusan buat orang meluat!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment