Sunday, August 10, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 6)

Mak Minah dapat mengagak yang si Irman ni ada masalah. Orang tua lebih dulu merasa garam. Masin atau sebaliknya. Dari raut wajahnya jelas terpampang sesuatu. Sesuatu yang mungkin Mak Minah tidak mampu terjemahkan untuk dirinya. Seolah terbuak-buak dalam benak Mak Minah akan keadaan Irman. Ingin satu kepastian. Namun yang pasti malam ni mesti makan. Kalau tak makan perut akan kosong. Angin akan masuk. Dah lah seharian semalam makan pun tidak. Kadang kala perut berkeroncong. Seperti sebutir loceng yang digamit.

Sesudah makan Irman cuba merapati ibunya. “ Mak....” Irman mula berbicara. Kelihatan sedikit manja apabila Irman berbahasa sekadar. Lembut tetapi jelas.

“ Ye man, ada apa” Mak minah memandang mata anaknya. Sayu.

Mak.., kalau man nak cakap sesuatu kat mak, mak marah tak” Irman meletakkan tangan ke bahu ibunya. Lalu menggosok perlahan-lahan. Sambil merapatkan kepala ke bahu emaknya.

“Apa dia man....” Mak Minah menjadi risau. Walau tidak berpandangan tapi hati tetap berpaut dengan sayang dan kasih.

“ Cakapla man, kenapa mak nak marah kalau tak bersebab” Mak Minah menundukkan kepala ke lantai. Matanya tepat tertumpu kepada lubang lantai seluas anak jari manis. Wajah tiba-tiba menjadi dingin. Kelopak mata bergenang.

“ Hmm....” sukar Irman meneruskan bicara. Wajahnya kosong. Lidah kelu terasa berat sangat. Berat batu besar untuk diangkat. Tapi saat ini lagi berat. Seolah batu itu telah menghempap anak tekak Irman. Kelu sejenak sambil menggerakkan kepala yang sedia di bahu emaknya.

Mak Minah membelai rambut Irman. Sayang sangat. Irmanlah hidup Mak Minah. Irman bagaikan nyawa. Irman tiada maka tiadalah nyawa. Tanpa nyawa mana manusia boleh hidup. Itulah ibarat kasih dan sayang Mak Minah kepada Irman.
‘Kasih Ibarat magnet,
Memaut perasaan dan mencengkam,
Kasih ibu dan anak,
Sentiasa berpaut,
Air mata jatuh,
Kasih dilaburkan,
Hanya untuk anak,
Biarpun lapar, dahaga,
Kasih tetap utuh,
Menanti senja yang kian kabur’.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...