-

Thursday, August 13, 2009

Apabila hati jadi batu (Siri Akhir)

Irman menangis semahu-mahunya.

Air mata Irman bercucuran bagaikan air hujan yang mencurah-curah dari langit. Tiada tanda akan berhenti. Di peluknya tubuh Mak Minah yang sudah kaku tidak bernyawa. Apalah nasib yang menimpa Irman. Sesudah ayah meninggal kini emaknya pula.

“Makk...jangan tinggalkan Man mak” Tangisan semakin kuat.

“Siapa yang akan jaga man....mak” Rintihan syahdu bergelora dalam lautan jiwa Irman. Lautan sendu tanpa angin tapi bergelora. Kelopak mata Irman tertutup rapat sambil menghenjut-henjut kepala ke tubuh Mak Minah.

Suasana seolah turut menguarkan rintihan dengan keadaan alam sekeliling di baluti kesuraman.
Seorang anak ditinggalkan ayah. Kemudian emak, mana tak sedih. Takdir yang menimpa tidak boleh dielakkan. Termaktub sudah! di luh mahfuz.

Irman hilang arah hidup. Hidupnya tidak keruan. Kelopak mata menjadi bengkak kerana terlalu banyak menangis. Tiada siapa dalam hidupnya kini. Saudara mara tidak seorang pun yang diketahui Irman. Sejak dia kecil tak pernah ayah dan emaknya memberitahu pasal saudara mara. Entah ada atau tidak.

Irman masih teringat kata-kata emaknya.
“Kita hamba mesti buat baik. Buat baik kepada orang dan orang akan berbuat baik kepada kita” Terngiang-ngiang dalam kotak pemikirannya.

Jangan sampai hati jadi batu...sudah” Kata-kata azimat emak menyelinap masuk ke lubang telinganya.

Ayat itu menjadi imbasan sentiasa kepada Irman. Mak cakap jangan jadi manusia yang berhati batuuu!!!

Jangan jadi manusia berhati batu....Hahahha....ketawa sendirian. Selepas peristiwa kemalangan Mak Minah mati ditimpa pokok kelapa yang tragis itu. Irman menghilangkan diri dari orang kampung.

Malah dia sendiri tidak mahu berjumpa dengan orang sekeliling. Kalau berjumpa dia akan mengelak diri.

Dia berjalan terhenjut-henjut. Matanya merah dengan keadaan rambut yang kusut masai. Kadang-kadang dihinggap lalat tapi dibiarkannya. Baju yang dipakai terlalu uzur.
“Di manakah hati aku” Dia bercakap sendirian.
HAA....haha....aaa...”Hati aku telah jadi batu. Dengan mulut menganga sambil meleleh air liur ke birai bibirnya.

Kehidupan Irman kini menjadi satu nostalgia untuk dirinya sendiri. Terperuk di tempat-tempat yang kotor. Makanan ikut terjumpa akan di sambarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...