-

Friday, August 14, 2009

Imabasan hidup


Umur aku 5-6 tahun memang cukup memeningkan kepala ibu. Balik je sekolah tum...baling beg kat tempat dia(tempat biasa tepi dinding berhampiran ngan dapur). balik je baling bag. Itulah kebiasaan hari sekolah. Nak buat macam mana dah namanye budak....

Memang la budak, tapi budak lain ok la sikit, tak la balik sekolah terus je keluar rumah. Makan ke rehat ke dulu nanti petang boleh la keluar main. Ayat ini biasa keluar dari mulut ibu.

Ingatan peristiwa zaman budak-budak memang sungguh asyik. Lebih asyik lagi kalau nak ingatkan gewe-gewe dulu. Ehmmm..gewe tu maknanye girlfrez la.

Satu ketika, memang aku tak akan lupa ni. Masa tu aku aku pergi main bola kat hujung kampung. Biasalah main bola ketika tu tak de padang punya. Hanya main atas jalan je. Tapi jalan yang tak berturap la. Jalan hamparan tanah je...

Kitorg main la....aku biasa kena bahagian pertahanan sbbnye kaki aku budak-budak kg bilang keras macam kayu. Jadi position aku tepat! heheh...tapi aku rasa, biase je.

Lepas main hari tu. Entah macam mana member ajak g jalan umah dia kat tepi sungai. Alahai..kalau dah hampir ngan sungai tu apa lagi. Peluang keemasan la ni. “Horaii...lepas ni kita pakat mandi sungai!!” Sorang member aku berteriak. Aku dah kawan ajak ni apa lagi tak mahu la nak lukakan hati diorang lak.

Kite pun mandila ramai-ramai. Keadaan air sungai pun memang ok. Tak de keruh. Tak macam sekarang ni. Kalau u all tengok macam air teh yang ditaruh susu.

Menggeleng kepala la jawabnya. Hebat..memang hebat mandi kat sungai zaman budak-budak dulu. Suasana sungai pun cantik. Menarik, angin pun bertiup sepoi-sepoi...Agrhhh!! memang best la pendek kata.

Kite berenang dari tebing terus menuju ke batang pokok kelapa yang tumbang. Menyengeng hampir rapat ke permukaan air. Lebih kurang 7-8 cm jaraknye. Kalau musim hujan tu memang dah tenggelam dah.

Kitorg bukan setakat g untuk sampai ke sana je. Tapi kitorg akan buat sesuatu tau...kau org nak tau. Kite akan lipat maut! Heheh....lipat biasa je. Lipat arah depan dan arah belakang. Kalau arah depan aku bolehla buat. Tapi kalau kot belakang...sampai sekarang tak leh.

Asyik mandi nii... “tak ingat dah ke jam berapa dah ni anak-anak woi” tiba-tiba terdengar suara dari arah tebing sungai. Masa tu aku dah kembali ke tebing.

Alamak...ibu aku!! “Mampuihh...”Dalam hati aku berkata. Ni dah kes besar ni. Tentu pahni denda besar jugak ni. Lastly, balik rumah nak dipendekkan cerita. Aku kena sebat ngan ibu aku. Kesian kat aku kann..HUhuhu...

Kawan-kawan kisah sebegini hanya kita yang alami. Menerusi hidup peristiwa yang berlaku menyebabkan kadang-kadang kita senyum sendirian...Hebatt!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...