-

Monday, August 17, 2009

Pergi tak kembali......



Segalanya adalah takdir!


Dia telah pergi, kembali tidak lagi. Itulah hakikat yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Kejutan baruni baru nak hilang dengan perginya Yasmin Ahmad. Dikejutkan pula dengan berita kematian seorang lagi seniman dalam bidang nasyid. Bidang dakwah yang diceburinya sejak awal umur lagi.


Tepat jam 11.30 pagi pada 13/08/09 doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal dunia. Meninggalkan sorg isteri dan 6 org anak. Beliau yang kita maksudkan ialah Ust Asri Ibrahim. Vokalis utama kumpulan nasyid popular rabbani. “Rabbani” kalimah keramat yang telah mencorakkan galur seni hebat dalam bidang nasyid negara.


Telah disahkan mati akibat sakibat sakit jangtung.


Perjalanan galur seni beliau telah mendapat noktah! Noktah daripada Allah s.w.t. Tidak mampu untuk bergerak lagi.


Teringat syair arab mafhumnya:


Tanah akan mencemburui setiap orang soleh,
Hai wahai orang yang soleh kenapa kamu tidak berjalan di atasku,
Tanah lain berkata, berpijaklah di atasku!
Keberkatan hidupmu ingin aku kongsi.


Benar kata Allah yang hidup pasti akan mati. Makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal masing-masing. Cuma bila? Hanya Allah Maha Mengetahui.


Sebagai saudara seagama kita hanya mampu berdoa kepada Allah, agar Allah s.w.t mengurniakan rahmatNya terhadap arwah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...