-

Thursday, December 3, 2009

Klinik 'Satu malaysia'

Tepat jam 8 pagi hari rabu pada tarikh 2/11/2009 mohd harraz kena pergi ke klinik. Jadual biasa bagi budak baru lahir.

So, hari tu Aku kena lewatkan pergi kerja untuk bawa dia ke klinik.

Aku dah bajet turun lebih awal sebab lokasi klinik belum aku ketahui.Tapi jalannya aku sudah maklum melalui maklumat rakan kerja.

Tempatnya tak jauh kerana klinik kerajaan biasa setiap pekan atau daerah mesti ada klinik. Jadi rumah aku dekat dengan pekan kapar lebih kurang 2 km. Maknanya tak jauh la tu.

Harraz tidur sepanjang perjalanan ke klinik di pangkuan ummi dia.Sebaik tiba di klinik dia masih lagi tidur. "Hai harraz ni tidur la tidur, pahni kena cocok menjeritla" ummi dia cakap.

Harraz pula buat tak tau je walaupun mata dia sedikit terbuka. Tidur ke buat2 tidur harraz ni.

Sebaik aku parking kereta aku terus menuju ke kaunter pendaftaran. Lalu aku letakkan buku kesihatan bayi dalam bekas yg telah di sediakan di atas kaunter tersebut.

" Ok encik tunggu ye" sapa nurse yg bertugas. Nampak mukanya dah berumur tapi nampak sedikit kusam. Entah kenapa penat kot fikir aku. Tapi takkan waktu pagi2 begini dah penat.Arghh..bairkan.

Pagi tu ramai juga pengunjung ke klinik. Warga gelap ada warga cerah pun ada campur dengan warga coklat sikit2. Eee...memang 'One Malaysian'la klinik ni.


Sekitar 10 minit kami duduk di tempat menunggu zaujah aku menyapa " eh bang, kenapa diorang nampak bawa buku tebal, lain yg kita punya ni".

"Ye ke" aku jawab. Mata aku melihat Harraz masih lagi dalam keadaan alam maya. syok nye dia tidur.

"Tak pe nanti apa2 hal kita tanya makcik yg kusam tu" aku jawab selamba.

Pendekkan cerita.

No aku pagi tu '1027' dah sampai.Aku pun pergi ke kaunter. "Ok encik pindah ke sini tetap ke sementara?" Nurse tanya aku." oo tetap" jawab aku. Sambil mata aku melihat keadaan dalam bilik pendaftaran tersebut.


Ok nampak kemas juga walaupun klinik sederhana kecil. Biasala klinik pekan bukannya klinik bandar.

"Encik boleh duduk nanti saya panggil semula" Dia bagitau. Aku pun kembali ke kerusi tempat menunggu.

Selang 5 minit kemudian.

"Mohd Harraz!" tiba2 seorang nurse muncul di muka pintu kaunter memanggil nama harraz.

"Sila ke sebelah ye encik" dia mengarahkan aku supaya membawa harraz ke sebelah.

Di situ harraz diarahkan supaya menanggalkan pakaian. Hatta pampers yg di pakai kena tanggalkan juga.

Eii..adik tak malu bogel pagi2.

Dia dah sedar. Mata dia klip2 buka tutup buka tutup. Barangkali dia dok fikir kat mana la aku ni.Dah la ummi bukak habis baju aku.

Lepas bukak habis baju harraz, dia di timbang atas neraca khas untuk baby.

Berat dia bertambah lagi 1 kg. Maknanya harraz sudah sampai berat 6.1 kg setelah umur 3 bulan!.

Hai anak aby ni penat la aby nak mendukung.

Pendekkan cerita.

Perihal buku tebal tadi yg sebenarnya kat sini sudah bertukar buku. Buku lama sudah tidak dipakai lagi.Pada tahun lepas bulan 8 buku tebal seperti rupa buku nota mula digunakan. Jadi, aku diberikan buku yg baru itu tukar yg lama.

Kemudian, nurse panggil harraz sekali lagi utk di beri suntikan.

Hai, menangislah anak aku nak kena inject. Ummi dia pun bawa harraz masuk bilik suntikan.

Dalam 10 minit lepas tu ummi dia keluar. Aik, senyap je nampak harraz siap nampak mengantuk lagi muka dia.

"Tak menangis ke harraz" aku tanya zaujah sebaik berjalan keluar dari klinik." Keluar suara sikit je masa jarum nak masuk ke paha dia, tu pun sekejap je" Ummi dia jawab.

Hebat la anak abi ni. Aku meraut kepala dia dengan tangan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...