ISI PENTING
1. Persamaan dengan ayat nabi Musa a.s
1. Persamaan dengan ayat nabi Musa a.s
- Dhul-qarnayn bermusafir berjihad untuk meluaskan empayar kekuasaannya.
2. Kisah Nabi Musa a.s didahulukan.
-Menunjukkan bahawa tingginya martabat ilmu pengetahuan.
3. Pendapat mufassir dan ulamak mengenai Dhul-qarnayn.
1) Tafsir Zamakhsyari: Namanya ialah Iskandar dan seorang hamba yang saleh, nabi dan raja.
2) Ibnu Kasthir: Dia hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s dan pernah tawaf bersama lebih kurang 2013 tahun dahulu.
3) Imam Al-Qurtubi: Seorang bangsa Mesir dan namanya ialah ‘ Murzaban’.
4) Ibnu Hisyam: Namanya ialah Iskandar dan juga As So’bu Bin Zi Yazin Al-Humairi.
5) Tafsir Al Mishbah oleh M Quraish Shihab: Dia seorang raja Himyar (Yaman) atas alasan kebanyakkan penguasa Yaman menggunakan kalimah ‘Dhul’.
6) Thahir Bin Asyur: Dhul-qarnayn seorang raja dari Cina, alasannya:
a. Penduduk Cina memang mahir dalam selok belok peperangan.
b. Kebanyakkan rajanya adil dan saksama.
c. Identiti raja berambut panjang dan diikat dua.
d. Di wilayah antara Cina dan Mongolia terdapat tembok yang sangat besar dikenali ‘ The Great Wall’.
3. Dhul-qarnayn & Nabi Sulaiman, Adakah orang yang sama?
Perbahasan yang ringkas:
-Dhul-qarnayn merupakan gelaran kepada Nabi Sulaiman a.s.
-Kalimah ‘Dhul-qarnayn’
:“ قرني“Maknanya ialah kurun aku. Iaitu para sahabat, tabe’I dan tabi’ tabe’i.
- Dalam Kitab Lisanul Arab: Maksudnya ialah umat selepas umat.
- Jadi kalimah ‘Dhul-qarnayn’ membawa maksud yang mempunyai 2 umat. Maka bertepatan dengan Dhul-qarnayn dan Nabi Sulaiman a.s memerintah 2 golongan umat, umat manusia dan umat jin.
- Di beri keagungan oleh Allah:
- Dhul-qarnayn (وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا) Surah Al-Kahfi ayat 84 dan Nabi Sulaiman (وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ) Surah An-Naml ayat 16.
- Bukti penguasaan terhadap jin. Dhul-qarnayn membina tembok untuk menyekat Ya’juj dan Ma’juj
(قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا)
Surah Al-Kahfi ayat 94.
Nabi Sulaiman boleh memerintah jin.
(وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ)
Surah Saba’ ayat 12.
- Mempunyai kekuatan melenturkan besi
Dhul-qarnayn
(آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا)
Surah Al-Kahfi ayat 96.
Nabi Sulaiman
(وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ)
Surah An-Naml ayat 16.
(وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ مِنَّا فَضْلاً يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ)
Surah Saba’ ayat 10.
- Keduanya tidak menerima hadiah atau upah.
4.Kekuasaan Dhul-qarnayn
- Perhatikan dua ayat ini:
(حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ)
Apabila sampai ke tempat terbenam matahari di sebelah barat.
(حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطلعَ الشَّمْسِ)
Apabila sampai ke tempat terbit matahari di sebelah timur.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment