Pagi yang hening. Kelihatan sahabat aku 3 orang masih dalam pelukan selimut. Masih dilamun mimpi agaknye 3 orang ni. Tersenyum aku sendirian.
Pagi ini aku dah plan untuk ke satu tempat golongan syi’ah mengadakan upacara sambutan 10 Muharram. Tempatnya ialah di bandar Saddar, Karachi.
Peristiwa ini berlaku lebih kurang 5 tahun yang lepas.
Tapi dalam kepala otak aku masih terngiang2 bagaimana kaum lelaki yang bertubuh tegap belakang, kepala dan seluruh badan berdarah, anak kecil dalam 5-6 tahun di sisi mereka ibu yang setia memerhati bagaimana anak mereka menghayung rantai yang dihujungnya di pateri dengan mata pisau yang berbentuk bulan sabit.
Dalam kepala aku masih lagi segar bagaimana mereka(lelaki muda, tua dan budak2) berarak sambil tangan mereka dalam keadaan kepal seluruh jari macam keadaan hendak menumbuk sambil mereka menumbuk dada2.
Sedang mulut mereka menyebut “Ali Ali Ali”. Kedengaran kumpulan suara bergema dengan sebutan tersebut. Bergema-gema.
Masa aku keluar dari kawasan Jami’ah (Universiti) aku terus berjalan menuju ke jalan besar untuk menunggu bas. Perjalanan aku ambil masa lebih kurang 5 minit untuk keluar.
Ketika itu aku berpakaian putih. Sedangkan golongan syi’ah akan berpakaian hitam apabila mereka ingin menyambut apa2 keramaian. Tapi aku berpakaian putih!.
Ada jugak mereka yang berpakaian putih tapi tak ramai. Ada la seciput.
Lebih kurang 15 minit menunggu datang sebuah bas. Aku tahan bas pun berhenti. Aku naik dengan selamat walaupun ada segelintir yang menolak dari belakang. Alamak! naik je atas tiba-tiba suhu badan aku mula tak stabil.
Mata aku aku meliar ke kanan ke kiri. Melihat belakang aku pakaian hitam depan aku dan seluruh penumpang berpakaian hitam. Malah aku pula^$$%*#@$&. Kantoi!.
“Ya Allah lindungilah hambamu ini” hati aku merintih sejenak. Ingat kepada yang Maha Kuasa.
Apa tak nye, antara kepercayaan mereka membunuh golongan Sunni dapat pahala. Dapat ganjaran besar!.
Hakikat ini yang menyebabkan aku kian keluh kesah. Tangan aku yang dua memegang erat batang besi yang menggalang dalam bas bagi kemudahan mereka yang tak boleh duduk.
Aku cuba relaks. Tapi mereka merenung ke arah aku setengahnya tu. Renungan yang tajam. Tapi aku alih pandangan keluar.
Perjalanan dari Clifton(tempat aku belajar) ke Saddar mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tak la jauh sangat. Tapi hari tu bagi aku tersangat la jauh rasanya.
Kemudian bas pun kian perlahan lalu berhenti. Kelihatan orang ramai lelaki dan perempuan berbondong2 berjalan kaki menuju ke arah post polis. Rupanya sambutan mereka ini di kawal ketat oleh puak2 polis.
Kawasan sambutan telah di sekat dengan post tersebut maknanya itu sahaja jalan untuk masuk ke dalam. Aku apa lagi jalan la ..
No comments:
Post a Comment