Pagi dah terang, matahari baru menyunsur keluar memancarkan cahaya. Lubang dinding rumah kayu tepi sungai kelantan sedikit sebanyak memberi ruang untuk cahaya menembusinya tanpa malu2.
Aku masih terlentang. Mulut tertutup rapat cuma mata sedikit mengenyit dek kena cahaya matahari yang menerobos masuk melalui lubang dinding.
Sudah biasa masa aku 6 tahun, ingin bangun waktu pagi memang berat. Kalau engkau orang pernah angkat kayu yg berat sampai muka berkerut kerana berat ha itulah umpama aku ingin bangunkan tubuh daripada tidur. Susah!
Walaupun susah hendak bangun tapi ada insan yang sentiasa mengambil berat tentang aku. Sapa lai kalau bukan mama aku. Mama yang tercinta.
Aku sakit mama yang ubatkan. Aku menangis mama yang pujukkan.
Tapi sekarang aku dah besar panjang. Hidup dah pun berkeluarga. Masa terasa terlalu singkat. Cepat dan cepat beredar.
Tak sangka aku yang dulunya kekawan bilang aku ni ‘kaki besi’. Kerana masa main bola sepak jalanan di kampung diorang takut mahu masuk rebut bola di kaki aku. Sebabnya takut sakit kena kaki aku. Ha..cerita lama.
Hitung punya hitung tolak campur bahagi. Alhamdulillah aku bahagia. Namun,di sana masih ada lagi tanggungjawab yang perlu aku selesaikan.
Allah s.w.t sangat sayang kepada hambanya yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab. Jadi aku tidak mahu ‘sayang’ Allah itu lari dari aku. Aku ingin menangkapnya. Aku ingin tamannya dalam ladang jiwa. Agar pepohon akan tumbuh subur dengan baja ketaqwaan.
Tapi aku rasa cabaran tersangat berat.
Ternyata kehidupan laksana gelombang. Tanpa nakhoda kita akan hanyut. Tanpa kompas kita akan terumbang ambing.
Apakah aku sudah mempunyai seorang nakhoda? Apakah aku sudah mempunyai kompas?
2 comments:
doh guana bangun lambat sokmo ko guano ni.
dulu mama kejut sekarang ni bini la kejut dok gitu huhu
eee loni bangun awal sokmo dulu2 la bangun lewat tu
Post a Comment