-

Monday, March 15, 2010

Cinta Al-Hafiz (Episod 1)

Senja hampir kembali berlabuh setelah sehari suntuk bertemankan sang suria menerangi alam. Alam bumi berbentuk sfera terbahagi dek lautan dan daratan. Masing-masing tidak pernah berbalah. Kerana jirim air di lautan lebih banyak berbanding jirim tanah di daratan. Seperti berbalahnya manusia yang kehausan harta. Seperti berbalahnya sang harimau jantan untuk memamah sang kancil. Kerana sang harimau masing-masing kelaparan. Ini bermakna, pembahagian yang Maha Esa sangat ekslusif. Seluas daratan pula ada tempat yang berbonjol-bonjol dan rata. Bonjolan tinggi ialah gunung-ganang rendah pula bukit-bukau.

“ Kepada langit bagaimana ia diangkat, kepada bukit-bukau bagaimana ia dipasak dan kepada muka bumi bagaimana ia dihamparkan. Tidakkah kamu memikirkannya?” Maksud firman Allah surah Al-Ghasiyah ayat 18-20.

Di samping itu, disebalik gunung-ganang dan di atas tanah yang rata itu tersirat dek sekumpulan umat manusia yang pelbagai jenis, rupa, adat, kaum, bahasa dan budaya. Dikalangan umat manusia itu pula turut tercipta makhluk tidak berakal. Manusia bertaburan dalam linkungan sempadan yang membentuk Bandar-bandar kecil mahupun besar. Kadang-kadang bagi yang berkemampuan dapat melintasi sempadan dan seterusnya. Kemudian di pinggiran Bandar terdapat kampung-kampung yang berderet-deret dan terlepas dari kerakusan hutan konkrit untuk mengambil alih hutan semulajadi yang sedia ada.

Kampung Petai berjuntai. Sebuah kampung yang harmoni. Terletak di kaki bukit berhampiran dengan pekan Maran Pahang Darul Makmur. Kampung yang segak bergaya dihiasi kehijauan flora alam. Terserlah lagi dengan persembahan tidak rasmi burung-burung bersuara merdu bagaikan berusaha keras mengajuk suara Dato’ Siti NurHaliza sambil dialuni gesekan gitar sayap sang cengkerik bagaikan Man Kidal. Bersolek pula dengan udara yang nyaman menyegarkan setiap bebuluh peluh insan yang setia dengan tugas masing-masing. Menternak, bercucuk tanam semestinya aktiviti yang paling utama.

Sungai yang airnya jernih mengekori sepanjang jalan masuk ke kampung petai berjuntai lebih kurang 10 km dari jalan besar. Air yang mengalir betul-betul di tengah kampung tersebut. Tanpa menghiraukan keegoan batu yang menghalang, hanya kelembutan dibalas untuk meneruskan kerjanya mengalirkan air yang mungkin melimpah kedaratan. Di samping itu, melimpah ke sudut yang lebih jauh lagi. Itulah kebaktian sang sungai terhadap manusia sekeliling. Air yang sejuk sepastinya dapat menawan hati anak-anak kecil dan remaja untuk mandi-manda sehingga bergelora airnya. Mungkin jauh di lubuk hati sang sungai bahagia dengan keadaan sedemikian ataupun sebaliknya. Di tepi tebing pula di penuhi batu-batu kecil dan besar memberi kemudahan bagi budak-budak separuh nakal untuk melepak, melompat-lompat sambil ketawa dan ada juga yang menjadikan tempat itu tempat untuk berkelah atau tempat bersantai bersama keluarga. Riang sungguh mereka!

Namun, di sebalik keriangan mereka ada sekeluarga yang tipis dalam riang. Tangis dalam diam. Hidup hanya untuk Yang Maha Kuasa. Mengalah jauh sekali. Usaha gigih umpama darah yang mengalir untuk tiba di gerbang jantung. Gerbang jantung umpama kehidupan yang sempurna dan terhindar dari kesusahan.

Di tebing sungai tersebut terdengar pula suara kecil yang nyaring memanggil abangnya. Seorang budak kecil yang berusia awal lingkungan lima hingga enam tahun terhuyung-hayang di atas batu cuba mengimbangi diri. Wajahnya jernih menonjolkan seri anak kecil yang tidak berdosa. Bajunya sedikit comot menandakan kenakalan budak di awal usia, kerana itulah fitrah seorang budak.

“Bang aih aik, bu anggil alik aih”Aiman bersuara pelat dengan kuat loghat kebudakan memanggil abangnya.

“Kejapla man, Abang belum puas mandi lagi ni. Kejap lagi kita balik ye” terdengar suara dari arah sekumpulan budak-budak yang sedang mandi.
Kemudian muncul seorang budak berumur sekitar 11 tahun di hadapan Aiman.

“Ok man jom kita balik”

Lantas abangnya memegang tangan Aiman lalu kaki mereka hinggap dari satu batu ke satu batu hingga sampai ke daratan, tanpa disengajakan memijak sang semut malang yang bertenggek di anak batu. Kemudian mereka menyusuri denai kecil untuk pulang ke rumah dengan langkah yang cepat kerana hari semakin gelap dan keadaan semakin tegang mendirikan bulu roma dua beradik itu. Mula terbayang di fikiran mereka kisah-kisah seram yang pernah diceritakan oleh ibu mereka tentang denai yang mereka lalui. Dengan menepis perasaan itu, mereka meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kawan-kawan yang masih lagi asyik bermandian. Semakin lama, semakin samar-samar bayangan sungai jauh di belakang. Di hadapan mereka muncul bayangan sebuah rumah kecil yang dikelillingi semak yang berserabut.

4 comments:

Insyirah said...

Salam. Sekadar membantu (itupun kalau bernama bantuan) :)

AYAT : Senja hampir kembali menjenguk setelah sehari suntuk menerangi alam.

IDEA ANA : Senja mampir mengetuk panorama alam, kegelapan kembali setelah seharian alam diterangi cahaya matahari.

* hampir - berdekatan
* mampir - datang

Insya Allah boleh perbaiki banyak lagi. Banyakkan penggunaan tatabahasa yang berlainan tetapi memberi maksud yang sama supaya pengulangan perkataan tidak berlaku, kalau berlaku pun tak banyak supaya pembaca 'enjoy' dengan bahasa-bahasa yang diterjemahkan dari karya.

Khairi Mohd said...

Tak buleh nak komen lagi sebab baru dua bab. Nak kena tengok lagi baru buleh komen. Macam tanda kata, perkataan, ejaan tu takde masalah editor boleh betulkan.

yg penting nak tengok jalan cerita, gaya bahasa dan kesinambungan.

Insyirah said...

Pendapat saya, tanda bahasa, ejaan dan sebagainya juga memainkan peranan yang sangat prenting dalam memudahkan kelancaran pembaca untuk terus membaca. Ramai orang punya jalan cerita menarik tetapi tidak berjaya menarik pembaca kerana kesilapan teknikal buat pembaca bosan untuk meneruskan.

Kita menulis untuk menyabarkan, jadi kena jaga hati pembaca supaya tidak bosan. :) Sekadar pandangan, semoga dapat berkongsi manfaat dan juga ilmu dengan masyakarat.

bhai said...

ye memang betul, ni dalam penulisan ana dah edit beberapa kali dah, yang anta komen pu ana dah edit plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...