Suasana bercahaya samar-samar separuh kelam. Keadaan sunyi sepi tiada suara kedengaran. Seperti tanah perkuburan yang menempatkan insan yang berbalut kaku lalu hancur dimamah ulat. Berlawanan dengan suasana di stadium ketika perlawanan bola sepak yang semestinya gelak gempita dengan sorakan penonton. Tapi di sini seolah-olah bisu kata-kata. Hanya kadang-kadang bisikan dan bunyi suara kuakan pintu penjara. Cahaya 3 biji lampu neon bulat meremangkan lagi keadaan, bergayut di loteng blok penjara Aiman. Lampu berusia lama agaknya. Menjadi cahaya tidak terang. Lantas kelibat pegawai penjara yang mundar mandir kabur kelihatan.
Lampu ke penyebab? Atau waktu dah semakin senja? Aiman mendongak ke atas. Anak mata pantas mencari pintu kecil yang mungkin terdapat di permukaan dinding bahagian atas. Kiri dan kanan di lihatnya. 360 darjah di pusingnya.
Namun, tidak kedapatan. Tiada langsung pintu! Bermakna sudah sah blok penjara yang Aiman tinggal tidak berpintu. Hanya pintu gerigi besi berdiameter penuh tapak tangan pabila memegangnya. Menggalang hadapan bangku tempat Aiman duduk dan meluruskan belakang di kala letih. Berbaris lurus 1 meter dan 1 meter menyekat hadapan blok penjara. Luas penjara lebih kurang 15x15 meter persegi.
Sudah cukup untuk menahan Aiman yang berkuasa setakat seorang pemuda biasa bukan berkuasa superman yang boleh memotong besi yang mampat. Bukan seperti cicakman yang kelakar tapi boleh menjelirkan lidah sepanjang mana yang dia mahu. Bukan seperti tok guru silat yang pantas melompat dan berguling di atas lantai di penuhi tembereng kaca yang runcing. Menahan dari banduan melarikan diri!
Itu semua jelmaan manusia. Aku juga bukan jenis malaikat yang tidak ada rasa bosan untuk sujud kepada Tuhan pemilik alam. Berbeza yang amat sangat. Aku terasa lemah.
Mata aku kian layu. Pipi yang sudah jemu menjadi alur sementara untuk mengalirkan air mata. Telinga sudah tegar, tidak mahu lagi mendengar tangisan ibu yang sudah lanjut usia.
Tidakkah di sana ada wangian bunga yang bisa aku menghidunya?
Aiman berteleku di atas bangku dalam bilik penjara. Di letakkan kepala di atas dua lutut. Kelihatan belakang mula sesak naik turun lalu melahirkan bunyi syahdu. Menangis kembali. Titisan air mata bercucuran di lengan tangan yang menahan dahi di lutut.
***
“Wahai Allah yang Maha Berkuasa….
Apakah nasibku!
Apakah dosaku!
Tidakkah Engkau Maha Mendengar!
Setiap rintihan hambaMu yang hina…
Memang aku tak pernah untuk berdosa padaMu…
Ikhlas aku jelaskan niat itu walau secebis tanah
Sekalipun, tidak ada tidak ada keinginan melakukannya
Tapi apakah takdir!
Telah memegang hidupku!
Aku terfitnah Ya Allah!
Aku miskin Ya Allah!
Tapi aku yakin Engkau adalah Kekasihku!
***
Tiba-tiba kedengaran kuakan pintu penjara.
Krekk….
“Mohd Aiman Arsyad”. Namanya di panggil oleh 2 orang pegawai penjara yang tersedia tercegap dihadapannya.
Aiman mengangkat muka yang berjemuas.Bagaikan tiada tanda-tanda akan terbit seri di mukanya. Kusut masai dirinya yang lemah gara-gara nasib malang yang meratah hidupnya. Lalu menggenyeh mukanya dengan dua tapak tangan.
“Ada apa Encik” Aiman menjawab.
“ Aiman kamu sekarang di perintah parol” jawab pegawai penjara yang menghadap kepada Aiman. Manakala seorang lagi memegang pintu penjara.
“Parol?”
“ Apa dia Encik saya tak faham” Jelas Aiman lagi.
“Maknanya kamu selepas ini akan di jatuhkan hukuman” Pegawai yang berdiri dekat Aiman memandang tepat ke muka.
“Hukuman apa Cik” Aiman inginkan kepastian.
Aiman cuba bangun lalu membetulkan posisinya dan duduk kembali. Aiman inginkan ucapan seterusnya dari pegawai tersebut. Penjelasan yang ingin diketahui. Matanya sedikit membuka tidak seperti tadi sebelum dia menangis. Kuyu!
“ Aiman kami minta maaf, kamu di dapati bersalah kerana membunuh tanpa keraguan yang mengatasi pembelaan kamu. Maka kamu akan di jatuhkan hukuman gantung sampai mati” Dengan nada selari pegawai menjelaskan di hadapan Aiman.
“ Ya Allah!” Tiba-tiba Aiman jatuh pengsan. Lidah Aiman kelu.Badan menjadi sejuk. Mata tertutup rapat. Tapi otaknya berjalan memikirkan keadaan ibu yang sudah lanjut usia. Tidak lupa juga kepada tali gantung yang sedang menanti.
Bagaimanakah nasib ibuku. Ketika ibu mengangkat aku ketika jatuh dari basikal hadapan rumah. Masih ku ingat. Tapi mengapa sekarang ibu tidak mengangkatku. Sentuhan jari jemarinya yang halus lembut masih lekat terasa di badanku. Pemikiran ku kian kabut. Hilang sedikit demi sedikit. Mula kelam dan gelap. Lalu ingatan aku lari entah ke mana.
35 tahun kemudian….
p/s kepada kaki novel, mintak komen berkenaan tatabahasa, penjelmaan watak dan apa2 yang berkaitan. Harap komen.
No comments:
Post a Comment