Lumrah kehidupan manusia tidak boleh lari daripada sebarang masalah. Baik masalah luaran atau dalaman.
Masalah luaran peratus kemungkinan mengubatnya adalah mudah jika dibandingkan dengan masalah dalaman.
Contoh masalah luaran;kawasan perumahan yang kotor, bunyi bising keterlaluan menyebabkan anak kecil terganggu ketika ingin tidur dan seumpamanya.
Manakala, masalah dalaman pula berkaitan dengan jiwa dan perasaan kita.
Sebagai contoh;Apa yang aku hadapi.Seorang jiran sebelah rumah. Aku baru je pulang dari kerja selepas pintu pagar dibuka kemudian aku melangkah masuk dengan mengiring motor bersama.
Keluar seorang jiran melayu lelaki berkopiah ala tabligh. Kita senyum dan bagi salam oleh kerana ingin beramah mesra dengan jiran lebih2 lagi ini merupakan tuntutan agama Islam.
Tapi yang orang lelaki tu buat muka selamba je. Senyum pun tidak. Seolah dia tak dengar salam yang kita bagi.
Nak kata jaraknya jauh kemungkinan tak berapa dengar. Tidak munasabah kerana jarak antara aku dan dia dekat je. Memang aku confirm dia dengar punya.
Aku istighfar dalam hati.
Ini satu dugaan yang aku hadapi.
Berlainan la pula dengan aunty kat sebelah kiri rumah aku. Dah nampak je muka dia, dia dah senyum kat aku. Mujur tak bagi salam. Kalau dia bagi salam memang terkebil2 la aku.
Dia kaum bukan melayu berbangsa cina dan tidak Islam. Boleh je senyum sentiasa dan bertanya khabar.
Entahlah mengapa kita seorang insan yang beragama Islam dan mempunyai akal fikiran yang sempurna akan tetapi tidak cuba menggunakannya dengan baik dan beretika.
Bermacam-macam kan perangai manusia.
2 comments:
islam belum tentu baik. huhu
slalu camni!!
Post a Comment