-

Friday, March 12, 2010

‘Seks’ anya

Kelebihan, kecomelan,kecantikan, kesempurnaan dan kelicinan pada paparan wajah seseorang akan menarik capaian keinginan insan yang belawanan jenis untuk merapati dan mendapatkannya.

Dalam kata lain, lelaki akan mengejar wanita cantik. Cantik luaran yg paling kisah. Padahal dalamannya belum total jawapan baik atau sebaliknya.

Seksanya, apabila peningkatan umur seseorang remaja telah mencapai umur panas berhawa dingin. Antara 15-25 tahun. Tak kira, apa yg terlintas dalam benak pemikiran pasal perempuan semua mereka titik beratkan.

Cakap pasal perempuan ni, teringat kepada seorang kawan lama. Dia cakap “ Eh aku kan, kenapalah kepala otak aku ni asyik terbayang je apa ah yang ada di sebalik baju diorang pakai(golongan perempuan)”. “ Berpenyakit ke aku ni…” Dia sambung percakapan dengan nada yang sederhana.

“Alaa itupun kau berasa pelik, normal apa kau ni” Aku jawab selamba.

“Kan kau lelaki, memang apabila umur kita dah sampai kira2 akan jadi ayah biasa la tu” Terus aku perjelaskan dengan lebih ditir.

Lelaki yang normal akan sentiasa memikirkan pasal kejadian wanita. Seandainya sehari penuh kuliah pasal wanita di ajar memang kaum lelaki tidak akan lupa punya. Aku yakin.

Akan tetapi, bagaimana pula dengan kamu wanita yg telah sampai peringkat umur matang sebagaimana kaum lelaki?

Bagi saya perkara sama yang akan terjadi.

Sebab ini soal tabi’e manusia. Keinginan tidak boleh menipu kehendak. Baik kehendak lelaki maupun kehendak wanita. Sama sahaja masing2 memerlukan.

Dalam ilmu feqah, tahap umur pihak lelaki dan wanita tidak sama memang tidak sama. Sebagai contoh tahap lelaki menjadi akhil baligh berdasarkan waktu dia bermimpi dalam erti kata lain dia bermimpi sehingga nafsu syahwatnya naik menyebabkan air maninya keluar. Ini biasa dalam lingkungan umur 15 tahun.

Manakala kaum wanita pula sekitar umur 9 tahun ada yang sudah datang bulan.
Maknanya kaum wanita lebih awal menjadi matang berbanding dengan kaum lelaki.

Sebab itulah kalau kita melihat kepada sejarah baginda s.a.w. ketika baginda menikahi Siti Aisyah r.ha. berumur 6 tahun. Akan tetapi baginda s.a.w. menidurinya bermula dia berumur 9 tahun. Kerana ketika itu, Siti Aisyah sudah sampai tahap matang.

‘Seks’anya kan apabila kita telah memperolehi keinginan sedemikian. Bagi aku, mana2 golongan tersebut sekiranya berkemampuan baik nikah cepat2 jangan lengahkan kerana Nabi s.a.w. menggalakkan kaumnya cepatkan perkara yang baik.

1 comment:

Cik Cinta said...

mmg seksa.. kene tahan nafsu.. masalah ketara bila lelaki xtahan nafsu die..macam mana nak buat ni? dah disuruh puasa.. ade cadangan lain x?

P/s : nak kawen pun duit xcukup lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...