-

Monday, June 21, 2010

Pengalaman baru buat Harraz

Selangkah melangkah menjadi dua langkah. Si anak kecil lama2 di tatang bertambah dewasa. Dari hanya tahu menangis, merengek dan melihat bertambah sedikit apabila umur meningkat iaitu ketawa dan yg paling penting ketawanya itu di tambah dengan seri dua gigi susu.

Anak aby gigi susunya dah keluar! Bila ketawa nampak 2 gigi susu di bahagian bawah gusi. Putih berseri.

Di samping aby berasa gembira namun ummi nye pulak bukan tidak gembira akan tetapi sedikit rungsing.

Kenapa tidaknya. Sebelum ini, kalau nak isap susu dah pandai bergurau dengan mengigit. Gigit ngan gusi dah terasa sakit apatah lagi dengan ada 2 putung gigi. Melaung ler nanti umminye...

Perasaan gembira seorang bapa melihat perkembangan sihat anaknya. Mungkin pasangan yg belum menikmati perasaan ini tertanya2 bila agaknya kita akan melalui saat sedemikian.

Insyaallah akan tiba masanya!

Jangan risau walaupun dah berkahwin setahun kemudian masuk 2 tahun kemudian 3 tahun tapi belum di beri rezeki oleh Allah s.w.t. utk menimang cahaya mata.

Masalah ini memang agak sukar bagi kaum hawa utk menerimanya. Apa tidaknya, pergi ofis member asyik dok tanya, bila u nak dapat baby maznah? sebagai contoh.

Takda soalan lain ke..balik kampung ayah dan mak pulak dok tanya soalan sedemikian…kita tertekan.

Kemudian mengadu kepada suami, suami pulak tertekan.
Kita kan dah usaha! penat dah abg:(

Jawapannya bersabar dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...