Tut…tut… 2 minggu berlalu. Hari ni baru kembali menjengah laptop. Akibat kekalutan sedikit atas tugasan kerja itulah akibatnya. Tak sempat nak update blogging post.
Lepas balik kampung baru-baru ini leni kembali kerja. Datang kerja pulak terus kena outstation ke kilang di bukit tinggi. Ulang alik hari –hari dari shah alam pergi pagi balik petang kalau tugasan tak sempat siap balik malam.
Dalam 2 minggu kot sehingga tugas checking selesai…
Tarik nafas. Mmmmm….aaaa lepass! lega sikit.
Dalam masa 2 minggu tolak campur tendang sepak ntah ke mana rasenye baru semalam. Tapi apa keje yg saya buat. Tak terasa sehari bagaikan sejam.
Terkejar-kejar. Kita terkejar siapkan tugas. Polis berkejaran menghambat penyamun. Kereta berkejaran lampu merah. Baru nak tekan padel minyak lampu isyarat dah merah!. Bengan betul dibuatnya.
Pening kepala. Dah pening tangan naik ke kepala hinggap menggaru. So, akibatnya rambut sehelai demi sehelai gugur bab daun kering. Prakk…jatuh ke tanah.
Lama kelamaan kelihatan silauan spotlight menghala ke arah setiap anak mata yang memandang. Dalam hati kita, eh eh dia tu nampak tuan muda lagi tapi rambut dah kurang!.Masing-masing gelak. Senang-senang dapat bonus mengumpat free. Mudah kan! dapat dosa sekarang ni.
Entah, masing-masing punya ragam. Kita buat apa yg patut.
Kalau kita perhatikan dunia memang begitu keadaan rojaknya dunia sekarang. Suhu semakin panas. Ais kutub utara semakin hari semakin cair. Secara tidak langsung paras air di muka bumi semakin bertambah.
Jengah ke Negara arab setiap hari bom situ bom sini. Mayat bergelimpangan. Tak mati kena bom jengah ke Negara China banjir besar. Mayat bergelimpangan jugak. Naik sikit ke Negara Pakistan dan India demostrasi. Bertempur pihak kerajaan dengan pihak rakyat. Mati bergelimpangan.
Stop menjengah tengok Negara sendiri dulu. Tak usah dok jengah keluar!. Pelik betul sekarang ni. Kepala asyik dok pusing menggeleng je bila dengar berita dan baca paper.
“Bayi telah dijumpai dalam tong sampah”
“Mayat tanpa kepala di tanah perkuburan”
“Terjumpa tergantung dalam bilik”
“Mayat lemas berbogel dalam tasik”
“Remaja cuba membunuh diri”
“Perut ditikam dengan lawi ayam”
“Bertetak di hadapan kedai oleh geng samseng”
“Ayah dikurung oleh anak dalam bilik kerana tanah”
“Remaja perempuan dirogol beramai-ramai”
Entah apa-apa. Bengun sejenak bila dengar pasal nasib menimpa rakyat Malaysia dewasa ini.
Entah apa bala. Pelik-pelik. Akal yg waras memang tak dapat nak menerima hakikat yg berlaku.
Sambil tu masing-masing cubalah berfikir 20 tahun akan datang apa agaknya yg akan berlaku!!.
2 comments:
Speechless.
Dunia dah tuaaaaaa sangat.
Betul insyirah...:)
Post a Comment