Kadang-kadang kita perlu berjauhan. Tak kan setiap masa mahu dok di bawah ketiak ibu. Bagi yang belum kahwin yang sudah kahwin tak kan mahu duduk bawah ketiak isteri sentiasa. Hmmm! Ke guane betul kan.
Jarang-jarang perlu tinggalkan. Baru perasaan rindu dan kasih akan menjadi lebih kuat sekuat besi tembaga.
Alhamdulillah sempena pagi jumaat yang mulia pagi tadi saya selamat sampai ke bandaraya Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Letih la naik bas, kena yang 2 tingkat pulak. Punya la gayat kena bertenggek tingkat atas. Woii macam naik flight lak. Tapi hati sentiasa ingat kepada Allah supaya segala perkara yang tidak dingini tidak berlaku. Harap Allah jauhkan!.
Tapi, itu point sampingan je ini point penting yang saya mahu kongsi dengan sahabat sekelian. Perihal pengurusan yang menyusahkan orang. Bukan saya sorang itu boleh tahan, tapi menyusahkan semua orang yang beli tiket dengan syarikat dia.
Macam tunggul kayu kita di stesen bas stesen bas jertih. Campur dengan mengantuk lagi ntah berapa kali dah menguap uaaa uaaaa...penat dah nganga.
Yang dasyatnye, tiket tulis time berlepas eh macam kat airport jam 8.30 mlm. Jadi oleh kerana tidak mahu saya ketinggalan bas saya dengan abang ipar pecut kereta untuk ke stesen bas seolah-olah michael schumacher dok kejar ikut belakang. Wommm!!.
Sampai je stesen ade sebijik bas bas Tranasional. Bas mutiara tak de. Kaunter dia ade ler. Lepas saya turun dari kereta abang Ipar tak tunggu terus pusing dan balik.
Saya ambik tiket bas mutiara jadi tanpa melengahkan masa saya ke terus kaunter bas Mutiara. Ada kakak sorang dok jaga tiket.
“Kak bas mutiara tak de lagi ni jam dah 8.30 lebih...apa berita kak”
“Eh adik maaf bebanyak bas lambat sikit malam ni” muka macam terkejut campur biasa-biasa.
“Lambat sikit apa dia cakap jam 10 akan datang bas” dalam hati saya merungut.
Maknanya dekat 2 jam saya kena tunggu bas aduihhh...nahas kalau macam ni. Ponat ponat.
Oleh kerana itu bertenggeklah saya atas kerusi panjang ada lagi orang lain ramai la jugak. Campur mamat saleh dan minah saleh pun ada.
Saya habis gaya dok atas kerusi panjang nasib baik saya tak ambik beg lalu lapik kepala dan tidur. Sabar sabar....saya menenangkan hati yang semakin gundah.
Selang beberapa minit saya ke kaunter mutiara lagi.
“Kak kenapa time tidak urus molek kesian ke saya mari awal2 kalau dok lepak kat rumah kan rileks sikit”
“Maaf la dik bas memang betul time dia 8.30 Cuma malam ni bas terpaksa disatukan kerana orang ke KL tak ramai”. Kakak bagi syarahan ringkas supaya saya sedar bukan silap dia kerana dia cuma kerani je.
Memang saya faham dah. “Ok kakak no hal buat la kerja akak elok-elok ye”.
Itulah keadaan mereka yang sering tersilap dalam pengurusan. Yang jadi mangsa mereka yang berurusan dengan mereka. Jadi beringat-ingat selalu. Aduhhh...kena landing dulu. Zzzzzz.
1 comment:
soba jola nak naik bas
Post a Comment