Tahap kelalaian ada batasan. Jangan sampai kita melampau lalai kepada Allah swt. Setakat keluar pagi balik petang untuk kerja dengan tidak ingat sedikitpun kepada Allah itu boleh di anggap biasa.
Inikan bukan sekadar tidak ingat kepada Allah malah menghina apa yang Allah gazetkan terhadap hukum hakam. Hukum yang tidak boleh dipinda sepanjang zaman dan bersesuaian juga sepanjang zaman. Zaman mana, paleolitik kah, neolitik kah atau zaman ketatik iaitu zaman sekarang.
Jika keterbatasan sudah dilangkaui maka tunggu saat apa yang Allah akan peringatkan!.
Cuba lihat sekeliling kita sekarang apa yang ada pada pakaian wanita. Kesempitan bukan kesempitan hidup bahkan kesempitan pakaian.
Bodi umur 20 pakai baju budak 2 tahun mana la muat. Tapi pakai juga. Bodi cantik punya pasai hentam aje lah. Nanti lelaki hidung belang tak nampak. Hidung yang tak berbelang diorang tak hirau sangat. Sebab tak hensem ehmmm!.
Pening pening, pak lebai balik masjid pun kantoi. Keluar je pintu pagar masjid 2 anak dara pakai seluar dan baju ketat. Lalu depan depan pak lebai. Terbeliak biji mata pak lebai. Stim sekejap nasib baik siang kalau malam ntah apa akan jadi.
Nasib kau la si lebai malang. Pandai pakai serban dan jubah kira lebai dah tu Al-Fatihah pun baca tergagap-gagap dan ternganga. Ala bukan mahu mengata tapi tengok berita sebelum ni ust ajar mengaji Quran pun baham anak murid raba situ raba sini yang dia punya tak mahu raba dok raba yang orang punya. Apeke jadah ustaz macam ni. Punah nama ustaz kes dia sorang.
Ni cara ustaz tak cerita lagi cara budak-budak muda. Habis segala benda dia mahu hisap. Daripada hisap tahik lembu yang panas-panas hinggalah hisap ganja. Kemudian bertukar berat. Daripada tubuh gempal menjadi slim serta merta tak de pakai apa-apa ubat tradisional seperti Dr rozmey punya. Diorang tak suka tak de keluar duit banyak-banyak..
Lelaki hal lelaki. Wanita pula lagi memeningkan mak ayah. Marah sikit merajuk marah sikit merajuk. Silap pujuk bawa beg lari ikut pakwe Lombok. Nye Lombok kat sana pulak menangis sorang-sorang. Padan muka!.
Anak perempuan memang rumit dan mencabar bagi ibu ayah membesarkan dan mendidik mereka. Supaya menjadi insan bukan haiwan. Berapa ramai mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Hingga anak melolong siang malam melalak menyanyi tak kira bilik air pun dijadikan pentas AF. Kempuanan AF nampak gayanya.
Dalam hal sedemikian siapa patut dipersalahkan. Kita? Ia kita yang patut dipersalahkan. Semuanya bermula daripada diri kita by yourself. Kita baik perangai dengan sendirinya kita akan mencari pasangan yang baik perangai juga. Lalu kahwin. Apabila kahwin zuriat kita juga akan menjadi baik kerana kita tidak lekang dek berdoa sentiasa kepada Allah agar dikurniakan zuriat yang baik.
Maka zuriat yang baik akan lahir. Dengan sendirinya anak tersebut akan terdidik dengan jayanya dicampur dengan usaha mak ayah mereka sebagai perangsang dan contoh tauladan.
Bab kata pepatah ‘mana tidak tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi’. Kalau ayah suka menyumpah ‘gilooo’ ‘bengong’’ tahik anjing’ anak apa lagi lagi kaw ‘tahik anjing gilo’. Lagi dasyat.
So, masing-masing ambik iktibar apa yang berlaku sekarang ini di Negara kita. Tanah runtuh, banjir kilat banjir air, cuaca panas berita panas, tahap sosial merudum dengan teruk, buang dan bunuh anak baru lahir. Pendek kata lebih teruk daripada zaman jahiliyyah lagi. Diorang tak mahu anak tanam. Ada juga tempat bersemadi ni buang dalam sungai, tong sampah lalu bakar. Aduihhh saya pun naik sewel fikir hal ni.
No comments:
Post a Comment