-

Tuesday, June 14, 2011

Tok wan dan seluar dalam

“Alahai tok wan pagi-pagi dah turun belakang rumah nak buat apa tu” Saya bertanya.

Kisah ni berlaku kira-kira 5 tahun yang lepas tapi masih kuat terpahat dalam kepala otak. Sebab, menang kaw sebab dia. Sebab itu cerita ini masih terpahat tanpa cair-cair atau meleleh keluar ikut lubang telinga.

Kisah Tok Wan. Tok Wan ni kalau sahabat mahu kenal ialah nenek saya. Nenek, jadi dia ialah ibu kepada ibu saya. Ha gitu. Maka jadilah dia seorang nenek kepada seorang cucu yang sudah besar panjang sekarang iaitu saya. Sebab saya anak kepada ibu anak nenek. Hmm berbelit ke ayat, tak ah. Faham faham. Kalau faham ok teruskan membaca.

Tok Wan saya suka bela ayam dan itik. Ada la dalam 10 ekor gitu campur tolak yang dah dijual dan yang telah terkubur dek mampus.

Nak jadi kan cerita pada suatu pagi yang tak berapa panas cuaca. Suasana redup tapi tak hujan.

Maka sebagaimana rutin harian Tok Wan turun belakang rumah untuk bagi ayam itik makan. Krrrr…krrrr sebaik kaki kiri melangkah keluar pintu dapur mulutnya dah bermuncung-muncung memanggil ayam dan itik pula di di di….

Dengar je suara Tok Wan yang lantang selantang suara wanita lalu bertempiaran ibu ayam bapak ayam dan anak-anak ayam berlari langkah seribu sambil mengepak-ngepak sayap untuk datang patuk dedak yang baru di tabur oleh Tok Wan.

Lebih kurang 10 minit kemudian.

Aduihhh..dahaga air pulak rasa kemudian Tok Wan pusing belakang dan terus menuju ke arah pintu dapur untuk masuk ke rumah.

Masuk je dapur masing-masing sedang mengadap meja untuk makan pagi ada anak cucu yang balik bercuti berpandangan. Kemudian mereka berbisik-bisik.

“Tok Wan tu tak ingat tak tu” Dengar seorang mak saudara saya bilang.

“Biar biar semua senyap jangan cakap apa-apa”

Tok Wan pun setelah minum air untuk menghilangkan haus dia berpaling kiri dan kanan.
Kemudian dia menggaru kepala. “Eh aku rasa letak dekat sini tadi seluar da*** aku mana peginya ke ada sapa ambik”

Jesteru itu Tok Wan tengok ke arah kami satu kelurga lalu bertanya

“Eh sapa ada tengok seluar da*** aku kat sini baru pagi tadi aku letak sini” Dia menunjukan ke arah kabinet aras pinggang.

Masing-masing berpandangan sesama sendiri dah ada yang mahu gelak tapi dia tutup dengan tangan mulutnya. Supaya tak jadi gelak.

Tok Wan pusing dan pusing sekitar dapur sambil mengintai mana peginya seluar da***nya.

Mak sedara saya pun tiba-tiba berkata.

“Tok Wan Tok Wan tak habis habis dengan tabiat tak ingat dia tu, dia letak kat lain pahtu tak ingat letak mana”.

“Aku letak sini tadi” Tok Wan mempertahankan kenyataannya.

Mak sedara lantas tunjuk ke arah leher Tok Wan.

“Tu kat tengkok tu ape ke benda, habis seluar da*** pun saut kat tengkokkk pahtu tak ingat lah letak mana”.

Lepas saja mak sedara cakap yang seluar da*** Tok Wan di tengkoknya yang tak jadi gelak tadi terus tergelak sampai terbatuk-batuk. Hahahahah!!!.

Rupa-rupanya Tok Wan terlupa tadi semasa mahu keluar belakang rumah cepat-cepat dia capai seluar da*** atas kabinet dan saut ditengkok. Kemudian terus turun bagi ayam itik makan.

Menggeleng kepala saya. Tok Wan Tok Wan!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...