-

Wednesday, June 15, 2011

Tulisan Allah di kepala


Macam macam wei la, ni ada satu berita dalam harian metro hari ni yang mahu gelak pun ada dan tak mahu apa-apa pun ada. Pendek kata benda macam ni pun nak hebohkan tak de yang pelik dan karamahnya.

Ini kebetulan je yang terbentuk di kepala. Bentuk kalimah “Allah”. Berita daripada kampung Sat Hilir di Tanah Merah Kelantan.

Hal mukjizat hanya kepada para Anbiya’ dan Rasul, hal karamah pula hanya para wali dan hal selain daripada itu kita yang cari. Cari hal atau cari nahas.

Jesteru, berita kepala ni nampaknya dah cari hal ni. Tak payah sampai ke para pemberita dok tulis benda macam ni nanti saya bimbang orang kampung yang tak tau menda soal agama dok fikir benda pelik-pelik pulak nanti.

“Eh kepala dia ade tulisan Allah lah” heboh, bising sesame dia. Hebatnya dia!! Hah sudah keluar dah. Bila keluar perkataan pelik ‘Hebatnya dia’ lain macam dah bunyinye tu.

Dah tersangkut pada kepercayaan dah tu. Masing-masing sudah mulai percaya bahawa budak tu budak keramat. Jangan main-main don. Budak itu bisa sembuh orang sakitt.

Sampai orang indo pun turut fikir pelik.

Saya mahu terangkan di sini, semua itu hanya kejadian Allah yang berbentuk semulajadi. Allah jadikan manusia. Manusia pulak ada kepala dan banyak kepala banyak mana bilang la sendiri.

So, kepala salah satu anggota badan manusia. Dan di atas kepala ada rambut yang tumbuh lebat atau tidak itu bukan perseolannya.

Jadi budak ini, juga manusia bukan jin atau hantu. Dia juga ada kepala yang bisa tumbuh rambut. Apabila emaknya mahu mengerat rambut pada awalnya dia enggan tidak mahu rambutnya dipotong. Alasan dia malu akan guru dan kawan-kawannya di sekolah.

Dia juga merupakan seorang remaja kurang upaya (OKU). Emaknya bilang lagi sampai 2 tahun dia bersikap sedemikian iaitu tidak mahu potong rambut. Hingga la satu ketika dia potong juga rambutnya.

Alangkah terkejut emaknya ayo yoooo..

Di dapati di kepala ada tulisan Allah!!. Terkejut betul-betul atau buat-buat saya tidak tahu. Yang penting memang emaknya terkejut.

Hai macam-macam, kalimah Allah di telinga pun ada berita sebelum ni. Kita yang berilmu sikit ni boleh faham benda ni tapi yang sakitnya bagi mereka yang cetek ilmu agama. Dok hingguk benda tu la ‘budak tu keramat budak tu keramat.’

1 comment:

Zul Aziz / Linda Basri said...

Manusia ialah sebaik-baik kejadian dan tulisan ALLAH itu diletakkan diatas kepala yg mana terletaknya akal dan fikiran.Itulah perbezaan antara manusia dan binatang.Setiap kejadian berlaku dengan Kuasa ALLAH S.W.T hanyalah untuk menguji KEIMANAN manusia yg telah dianugerahkan akal dan fikiran Persoalannya tahu pakai ke tidakkk..andan fikirlah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...