Sunday, August 10, 2008

Apabila hati jadi batu (Siri 7)

Irman tertidur dipangkuan ibu. Asal berbicara namum ungkapan menjadi senyap. “ Tidur rupanya” Mak Minah membetulkan tidur Irman. Diletakkan kepala Irman perlahan atas bantal lusuh. Bimbang akan terganggu tidur. Sekadar kepala dilapik. Tebal atau nipis bantal tidak penting.

Suasana malam bertambah dingin. Menjadi semakin tua. Terasa kadang-kadang desiran angin menerjah ke telinga Mak Minah. Mata Mak Minah semakin lemah. Kuyu lalu.......tidurlah dua beranak. Irman berbantal tanpal berselimut. Manakala Mak Minah tanpa bantal tapi sempat melebarkan kain batik lusuh ke tubuhnya.

‘ Sesungguhnya hidup dunia hanya permainan dan melalaikan,Hari akhirat lebih baik baik bagi orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak memikirkannya’( Surah Al-Baqarah ayat:32)

Pagi mula memaparkan wajah. Kelihatan silauan cahaya matahari di celah-celah rimbunan pokok. Namun, dingin masih mencengkam. Alam sunyi sepi tanpa suara manusia. Kelihatan kelibat burung berterbangan dari dahan ke dahan. Riang seolah-olah menari di udara. Sekali-sekala bertembung lalu jatuh menyembah bumi. Sepantas kilat terbang kembali. Bimbang akan pemangsa yang berselindung tanpa di duga. Akan menerkamnya. Asyik sungguh kelihatan alam. Wajah alam riang, damai dan harmoni. Ingin berkongsi dengan manusia namun......manusia tidak cuba memahami.

Waktu jam tepat 8.00 pagi. Sesudah semua tanggungjawab ditunaikan. Irman menjurus ke satu sudut rumah yang tersangkut kapak dan tali. Tali yang berlekaran sederhana besar. Lalu dicapainya, di selit ke pinggan. Kemudian mula melangkah keluar rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...