-

Thursday, June 17, 2010

Bagaimanakah ciri2 perempuan yg ingin saya kahwini?

gambar hiasan

Penjelasan padat dan ringkas melalui buku karangan Imam Ahmad merungkai sedikit permasalahan terhadap golongan muda mudi yg masih terumbang ambing dalam menentukan jodoh terbaik.


Cantik semata2 oh tidak. Kaya semata2 oh tidak jugak. So, bagaimana? Mari sama2 kita berkongsi maklumat agar pilihan jodoh kita kena dengan hati dan kena dengan pilihan Allah s.w.t.


Di sana nun terdapat beberapa pilihan special utk kau semua orang muda yg nak kahwin, baca betul2:


Pertama: Beragama.


Subjek utama dan penting dalam kekuatan institusi kekeluargaan yg akan dibina. “Maknanya awang, kau nak kahwin nanti tengok dan selidik dulu agama nya guane? Berjurus kah? berakhlak kah? Jangan dok main hentam je. Kalau nak beli ikan kat pasar takpe ler asal nampak mata ikan tak merah hentam je. Ni kau nak ambik anak orang kena selidik betul2”.


Seperti ungkapan Nabi Muhamad s.a.w. “Engkau kena cari jodoh yg mempunyai agama” riwayat Bukhari,Muslim, Abu Daud, Nasai dan Imam Ahmad.


Nabi telah bagi fomuler kita ambik. Berikutan isteri yg tidak ada agama maka agama suami pun akan turut rosak. Begitu juga, “ah aku tak kesah dia ada ke tidak yg penting dia aku cinta. Aku nak kahwin! aku nak kahwin! Mak tolongla mak!”. Sekiranya berlaku begini, bahtera keluarga tersebut akan ditimpa badai kecuali si suami mengambil inisiatif mengajar isterinya hal berkaitan agama.


Kedua:Cantik akhlak.


Akhlak cantik muka pun turut akan menjadi cantik!.Ala tak perlu dok comor krim tu krim ni. Insyallah akan cantik muka tu.


Ketiga: Cantik rupa paras.


Ha saudara, subjek ni dituntut. Jangan buat tak kesah. Walaupun agama menitik beratkan hal2 agama namum di sana kehendak tabiat manusia tetap diakui oleh agama Islam itu sendiri.


Sebabnya, muka isteri kan setiap masa setiap detik kita akan lihat. So, mata yg melihat mesti sukakan yg indah2 dan cantik2. Dalam agama sebagai contoh ketika proses merisik di benarkan si calon lelaki melihat muka calon perempuan yg ingin dikahwininya. Inilah bukti bahawa agama tidak menepikan soal tabiat atau naluri kita.


Namun, terdapat kaum pada zaman lampau yg tidak menitik beratkan soal cantik kerana mereka tidak mengqasadkan utk bertamattu’ (bersenggama) semata2. Terdapat riwayat Imam Ahmad r.a. yg memilih seorang perempuan cacat kepada saudaranya. Akan tetapi, perkara ini amat jarang sekali berlaku. Sebagai contoh.


Keempat: Mahar sikit.


“Aku akan kahwin pada 10.10.10 maka mahar aku mestila rm101010.00.So, duit hantaran aku berjumlah sepuluh ribu seribu sepuluh ringgit!”. Ni no hal sikit lagi. Ada jugak oleh kerana umur si perempuan tu dah sampai 32 tahun maka duit hantaran lelaki ialah rm32,000.00.


Tengok saudara, cuba perhati apa yg berlaku sekarang. Nak kahwin letak duit hantaran tinggi2 Nabi tak ajar semua ni. Cuba kita perhati kepada kisah seorang sahabat nabi yg bernama Said bin Musayyib mengahwinkan anak perempuannya hanya dengan dua derham saja. Kalau sederham sama dengan rm100.00 maknanya rm200.00 je duit hantarannya.


Kelima:Anak dara.


Dalam syariat menggalakkan perkara tersebut. Kahwin dengan anak dara. “Aku tak suka la kahwin ngan anak dara! Aku nak kahwin dengan minah tu janda. Lagi syok”. Walaupun begitu, tidak apa. Akan tetapi kahwini anak dara paling utama jika dibandingkan kahwin dengan janda.


Perkahwinan anak dara dengan teruna akan menguatkan ikatan kasih sayang antara mereka. Kerana saudara, perempuan yg belum kahwin sudah pasti tidak pernah ada pengalaman berumah tangga dan tidak juga di sentuh oleh mana2 lelaki. Jadi kita suami yg menjadi perintis pertama dalam kehidupannya. Kemudian, zaman sekarang nak cari anak dara yg tak pernah disentuh oleh lelaki susah+payah.


Keenam: Perempuan yg subur.


Insyallah perkahwinan dengan perempuan yg subur akan menghasilkan zuriat yang ramai. Kerana Nabi s.a.w. inginkan umatnya meramaikan zuriat!.


Ketujuh: Keturunan baik2.


Asal perempuan dari keluarga baik2 dan beragama. Maknanya ayah ibu memang pendokong agama.


Kelapan: Pasangan tiada pertalian darah.


Maksud di sini ialah kalau boleh elakkan daripada kahwin sepupu. Kerana sepupu kan ada pertalian darah dengan kita.Ok itu sahaja,selamat berkahwin dengan calon masing2. Pilihlah yg terbaik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...