Tuesday, June 15, 2010

Korea selatan menang vs Jualan kondom meningkat

Buka harian metro tengahari ni menggeleng kepala saya sejenak. Kenapa tidaknye baca berita ni. Hai piala dunia piala dunia. Apa dah jadi? Cuba anda baca:


SEOUL: Jualan kondom di Korea Selatan melonjak lima kali ganda selepas penyokong meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka sewaktu menentang Greece pada perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kira-kira sejuta penyokong berbaju merah di seluruh negara itu, termasuk 200,000 di Seoul, memenuhi pusat perniagaan, stadium dan taman tema, Sabtu lalu untuk menyokong pasukan mereka yang menang 2-0 ke atas juara Euro 2004, Greece.

Bagaimanapun, pihak yang paling beruntung adalah kedai serbaneka dan premis menjual ayam goreng segera ketika penyokong membanjiri jalan raya, lapor JoongAng Daily, semalam.


Akhbar itu berkata, rangkaian kedai Bokwang Family Mart untung dua kali ganda di tempat yang menyaksikan ramai penyokong berkumpul.

Kedai di kawasan perumahan turut menikmati perniagaan memberangsangkan kerana mereka yang menonton perlawanan itu di rumah membeli tiga kali ganda minuman keras dan lebih daripada dua kali ganda, snek.

Selepas perlawanan itu, penyokong yang bergembira membeli lima kali ganda kondom berbanding ketika persembahan luar biasa pasukan itu sewaktu Piala Dunia 2006.


Kuat punya aura piala dunia. Memang kepala manusia keseluruhannya tersumbat dengan keghairahan terhadap piala dunia. Apa yg dia orang dapat? sampai terlajak gembira, ketawa dll.


Piala dunia punya pasal mati pun tak pe. Asal pasukan yg kita sokong boleh menang. Ni la bala tanpa sedar menimpa manusia sekarang. Lebih teruk lagi kita ni yg beragama Islam. Kena jaga betul2. Jangan sampai terikut2 dengan perangai orang kafir tu.


Setakat tengok bola kat kedai mamak. Ok la. Tapi sembahyang jangan lupa. Tengok tengok jugak. Perilaku tu kena jaga betul2. Saya khaba ni utk diri saya jugak dan sahabat2 sekelian.

2 comments:

Khairi said...

haha tak dok kaitang langsng adui

hamdan said...

Gimik je tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...