-

Friday, June 11, 2010

Berhutang (khutbah jumaat 11/6/10 di Masjid Neg Sel)

1.Khutbah jumaat di masjid neg Selangor hari ni membincangkan tajuk yg agak penting buat tatapan anda semua.

2.Tajuk ‘berhutang’. Walaupun agama Islam tidak menggalakkan utk berhutang(tanpa sbb) akan tetapi adat berhutang di kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi. Malah bertambah dari masa ke semasa.

3.Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa apabila berhutang hendaklah mencatatkan info mengenai proses berhutang dan bila akan membayar balik hutang tersebut.

4.Begitu juga dengan Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud “ Barangsiapa yg berhutang dengan niat ingin membayarnya kembali maka Allah akan menolongnya agar mampu membayarnya kembali dan begitulah sebaliknya”.

5.Pernah satu ketika Nabi s.a.w. enggan sembahyangkan jenazah sahabat yg meninggal dunia kerana dia berhutang dan tidak membayar hutangnya ketika hidup.

6.Pada masa kini, proses berhutang semakin mudah. Dengan adanya sistem penggunaan kad kredit. Kad kredit lagi la cepat mengalirkan keluar duit kite.

7.Di tambah lagi pada tahun 2000 Bank negara telah melonggarkan syarat-syarat utk memohon kad kredit pada tangga gaji rm1500.00. Kelonggaran itu telah melonjakkan percambahan sebanyak 500% sehingga tahun 2009.

8.Jenis hutang ialah tabung pendidikan, rumah, kereta dan hutang peribadi. Dalam keadaan maya, kita mungkin leka dengan melambatkan atau mengelak daripada membayar hutang.

9.Di sana juga terdapat golongan yg berhutang untuk tujuan kemewahan. Sanggup mereka berhutang ye semata-mata utk mewah. Haii tak ingat ke mati ke.

10. Beringatlah seandainya saudara ingin berhutang. Berhutang boleh tapi niat tu biar betul. Jangan niat tak mahu bayar pulak. Dah ada kemampuan bayar, bayar le jangan tunggu-tunggu.


Gambar hiasan: Jangan ler tak bayar hutang sampai jadi macam ni :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...