Monday, June 6, 2011
Apa relevan:Raja lawak dan maharaja lawak.
di
10:06 AM
Si pelawak boleh melawak depan audience dengan baik dan membuat orang ramai ketawa berbahak-bahak. Itulah antara tujuan lawak jenaka dibuat. Sekadar menjadikan orang terhibur dan berasa senang hati. Biarpun dia sedang merasai gundah kerana hutang bertimbung. Kerana lawak hilang sejenak perasaan gundah tersebut.
Akan tetapi bagaimana dengan status syariat agama terhadap mereka yang melawak dan apakah kesan terhadap iman mereka itu sendiri.
Ini perseolannya.
Perlu sangat kita fikirkan bersama agar perkara yang nampak biasa akan tetapi kesan kepada agama kita menjadi teruk.
Antara pesan Nabi saw kepada kita berkenaan lawak ialah Baginda bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan).
Lain lagi jangan melawak berlebihan. Tiada unsur penipuan dan perkataan jahat atau lucah.
Ye la, kita sudah jadikan melawak satu kerjaya. Sebelum itu tidakkah terfikir apakah kerjaya yang kita mahu ceburi tersebut baik di sisi agama ataupun tidak. Ini masalahnya.
Kita buat tak tau saje dan pandang remeh hal ini. Atau mungkin kita memang sudah jahil soal agama. Setiap perbuatan yang mahu kita buat tidak pernah kita persoalkannya dari segi agama. Soal dosa pahala.
Dah aku kerja melawak kena aku melawak biar orang ketawa. Agama larang, dah agama larang aku nak makan apa. Apa susah cari ler kerja lain bertimbung lagi kerja kalau kita rajin.
Seterusnya, saya ingin nyatakan di sini bahawa dalam 3 hukum ini walaupun kita melawak ia tetap jatuh hukum.
Antaranya:
1. Nikah. 2. Cerai. 3. Membebaskan hamba.
Perkara 1 dan 2 itu jangan main2 dan masalah yang ke 3 kita tidak mahu bincangkan kerana zaman sekarang sudah tidak ada perseolan tentang hamba di tempat kita di tempat lain mungkin masih ada.
Kita melawak soal Nikah, jadi tu bukan tidak jadi. Walaupun Tok Imam melawak saksi melawak dan si pengantin dua-dua pun melawak. Aqad nikah tersebut sah kerana semua syarat sudah ada.
Begitu juga halnya dengan soal cerai sambil melawak kita kata “ ha ha ha aku ceraikan kau milah” sambil ketawa dia melafahkan perkataan cerai. Jatuh juga hukum cerai tersebut.
Saya tidak nafikan bahawa Baginda sendiri pernah melawak dengan seorang wanita tua yg bertanyakan berkaitan hal keadaan dirinya yg sudah tua bolehkah dia masuk syurga apabila meninggal kelak.
Baginda dalam jawapannya “tidak”. Maknanya orang tua tidak layak masuk syurga. Tapi pada pemikiran wanita tua tersebut dia tidak boleh masuk syurga lalu dia menangis.
Baginda tersenyum lalu Baginda menjelaskan hal perkara yang sebenar kepada wanita tua itu. Bahawa apabila kita masuk syurga yang tua akan manjadi muda. Jadi, sekiranya makcik sudah tua dan masuk syurga makcik akan kembali menjadi muda.
Kemudian dia kembali senyum.
Ini gurauan atau lawak Baginda dengan seorang wanita tua. Tiada penipuan dan tidak berlebihan.
Bagi saya program tersebut hanya membazirkan uang. Ternyata di samping kita ramai lagi insan yang memerlukan bantuan kewangan daripada kita. Akan tetapi mereka tidak mempunyai seseorang yang mahu membela nasib mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment