-

Monday, June 6, 2011

KBTC

Kota Bharu Trade Centre- Seminggu yang lepas saya bersama family singgah sebentar di kbtc kerana ada hajat. Bukan hajat saya tapi hajat isteri saya.

Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di KBTC setelah hampir 3 bulan saya kembali menetap di Kelantan.

Lokasinya ditengah-tengah Bandar kota bharu. Masa saya singgah pada waktu malam dan orang pun tidak ramai. Jadi, niat isteri untuk mencari hajatnya menjadi senang.

Sebaik sahaja sampai di sana, saya masih kurang arif mana mahu parkir kete jadi apabila ternampak signboard arah parkir yang menunjukkan ke bahagian atas. Saya pun ikut signboard tersebut.

Punyala terkejut, keadaan jalan mahu ke tempat parkir memang terlalu cerun lebih kurang 48 darjah. Nasib baik kete tidak buat onar kalau tidak nahasla saya.

Walaupun kete terpaksa merayap Alhamdulillah sampai juga ke tingkat 3 kawasan parkir dan saya dapati ada 4 5 bijik kete di atas.

Kemudian, kami turun ke tingkat 2 dengan lif ke tempat membeli belah. Suasana lengan saya pun hairan kenapa tempat begini cantik orang tidak ramai datang. Di sini Giant ada cuma daraemon je tak de. Mungkin sebab doraemon tak de kot orang tak mau datang.

Sambil pimpin tangan harraz saya tegur kakak yang sedang menjual selipar dan kasut di tepi tangga eskalator.

“kakak lama dah ke jual sini” dia angguk je.

“eh kak tak ramai ye orang datang sini” tambah saya lagi.

“Memang tidak ramai dik, kakak pun tak tau kenapa orang tidak ramai datang sini” kakak jawab sambil tangan sedang tarik kain untuk tutup gerainya.

Saya fikir mungkin tempat susah mau parkir kot. Satu lagi mungkin orang ramai pergi ke tempat shoping yang lain seperti Maidin, tesco dan bilal. Kerana tempat tersebut jalan tidak sibuk sangat.

Di sini bersebelahan dengan stesen bas Bandar. Entahlah saya pun tidak faham kenapa?



Lihat bagaimana cerunnya jalan ke kawasan parkir. Saya ambik gambar ni semasa hendak turun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...