-

Monday, June 13, 2011

Berdiri sepanjang zaman(berhala)



Setiap hari pergi balik kerja saya tidak dapat mengelak daripada terus berjumpa dengan benda yang berdiri sepanjang zaman nih. Iaitu berhala. Orang Kelantan cakap “dok cace sokmo”. Sebab ia terletak di laluan jalan saya ke tempat kerja setiap hari.

Lokasinya di kampung selising jajahan bachok Kelantan. Setiap hari saya tengok dia. Mahu pejam mata tak mahu lihat bahaya ler nanti eksiden kete pulak.

Berhala ni tinggi dari jarak 400 meter masih boleh nampak. Kalau tak nampak mungkin dia buta.

Satu ketika semasa saya melalui jalan itu bersama dengan kakak dan adik saya sempat saya bercerita kepada mereka tentang berhala yang dok cace tu “pernah tengok ke tak berhala sini” mereka jawab tak pernah la pula tengok.

Orang Kelantan sendiri yang membesar di sini sendiri tak pernah lihat. Saya tiap-tiap hari dok lihat benda ni.

Apabila ada berhala maknanya penduduk kawasan sekitar adalah puak siam mejoritinya. Mereka pendatang bila mereka datang dan tinggal di kawasan itu saya tak boleh nak jawab. Sebab kena kaji dulu sejarah perpindahan nenek moyang mereka bila ia berlaku.

Cakap pasal berhala ni teringat saya kepada kisah nabi kita Ibrahim as. Mari cuba kita hayati sebentar apa yang berlaku ketika itu kepada Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim tidak bersetuju dengan kerja bapa baginda sendiri yang mana bapa baginda kan pembuat patung.

Ada satu saat berita tergempar melanda kampung mereka. Patung mereka pecah.
Nabi Ibrahim sengaja menghancurkan semua patung yang ada kecuali patung yang besar yang dianggap sebagai ketua patung.

Jadi masyarakat semua terkejut dengan berita tersebut.Semua mereka keluar untuk menyaksikan sendiri apa yang sebenarnya berlaku betul ke tuhan sembahan mereka hancur lebur.

Mereka berkata “siapakah yang berani membuat benda jahat ini”.

Ada seorang di antara mereka yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah penyebab kepada perbuatan khianat ini. Khianat bagi mereka tetapi Nabi Ibrahim melaksanakan berdasarkan suruhan daripada Allah swt.

Kemudian Nabi Ibrahim diheret ke dewan penyembahan mereka dan bertanya siapa yang berani menghancurkan patung yang merupakan tuhan sembahan kita.

Nabi Ibrahim sedikitpun tidak gentar malah tenang dengan membalas jawapan bahawa yang bertanggungjawab ke atas patung tersebut ialah ketua patung kerana di lehernya tergantung kapak besar. Tidakkah engkau semua melihatnya.

Nabi Ibrahim berkata “Tanya ler tuhan kamu tu”

Mereka menjawab “apa punya barang kan berhala kami tidak boleh bercakap”

“Jikalau tidak boleh berkata-kata apa punya tuhan ni, mahu bercakap pun tak boleh inikan mahu tolong manusia semua”.

Mereka semua marah lalu diikatnya Nabi Ibrahim ke tiang besar untuk dicampakkan ke dalam api yang sedang marak membesar sebesar gunung.

Ok setahu saya di Kelantan saja ada 3 butir berhala yang besar. Yang duduk bercokoh, menyenggeng seperti mahu tidur dan yang duduk berdiri. Berhala kecik pula tak yah bilang memang banyak.

Satu lagi saya mahu berkongsi cerita, katanya panjang naga di pintu pagar jalan masuk ke tempat berhala itu adalah yang terpanjang di asia ke Malaysia lupa pulak saya. Memang panjang sungguh!. Eee gerun tengok naga tu kalau ia hidup habisla rakyat Kelantan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...