Sunday, June 12, 2011
Tak dok rezki,nasibbb
di
10:09 AM
Pertama pasal bola malam tadi saya tidak marah sedikit pun kepada daudsu. Kerana dia telah menanduk bole masuk ke gol sendiri. Ye la, cuba anda semua bayangkan apa perasaan daudsu sendiri kondisi dia terutamanya pada saat itu. Tentu terlalu amat kecewa. Kecewa kepada diri sendiri dan kecewa kepada para peminat the red warriors.
Itu dikatakan takdir Allah swt walaupun pada permulaan gol pertama kelantan seolah-olah telah terbayang di hadapan para pemain kelantan semua bahawa gemgaman piala FA adalah milik mereka. Namun, kerana sedikit kelalaian pada saat-saat akhir ke wisel penamat jelas pemain kelantan telah hilang fokus terhadap benteng pertahanan di hadapan gol.
Siapa boleh menggagap bahawa pemain terengganu masih berupaya menyumbat gol pada seminit sebelum wisel tamat. Tak de seorang pun!. Hatta pengadil sendiri.
Tapi itulah hakikat yg amat pahit buat pemain kelantan seperti parut 3 tahun yang lepas berdarah kembali. Sejarah pahit berulang kembali. Nasib nasib.
Bagi saya, bersyukur dengan apa jua pencampaian kelantan setakat ini amat membanggakan kepada semua rakyat dan terutama para penyokong the red warriors. Syabas!!!! the red warriors.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment