-

Tuesday, June 7, 2011

Parang paku keretapi



Ada seorang yang istimewa telah menghadiahkan kepada saya parang. Memang tajam gila tengok kepada mata parang tu pun dah dapat menkofemkan bahawa parang itu memang tajam. Sebab berkilat besinya.

Tuan punya parang itu cakap kalau mata parangnya dibuat dengan menggunakan paku jalan keretapi memang tajam dan tak perlu susah untuk mengasahnya banyak kali. Sebab ada parang yang di buat dengan spring tayar kereta dia cakap yang ini lebih tajam.

Jadi kepada tukang besi memang dia sedia maklum besi jenis mana yang baik untuk dijadikan mata parang. Antaranya paku jalan keretapi dan besi mata pisau kelapa sawit yang sudah tidak digunakan lagi besi itu juga molek jikalau mahu dibuat mata parang.

Baik sangatla dengan timing musim orang berbekwoh leni saya di beri dengan parang seperti ini boleh saya gunakan untuk melapah lembu sebab esok adalah hari kenduri adik ipar saya.

Kemudian parang ini kalau sesiapa yang teringin untuk mendapatkannya bukan yang saya punya tapi yang seumpamanya boleh hubungi saya dan harganya kalau dibandingkan di kedai besi memang berbeza.

2 comments:

Unknown said...

cal saya 0173236739

Unknown said...

cal saya 0173236739

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...