-

Thursday, June 9, 2011

Kenduri sakan

Alhamdulillah cuaca hari ini comel sangat tak berapa panas hujan turun pun rintik-rintik seakan cuaca sudah tau yang kami ada hajat besar untuk dilaksanakan pada hari ini. Iaitu kenduri menyambut menantu.

Majlis berlangsung semalam, petang sehari sebelum majlis, lembu dah pun bereh. Sembelih, lapah dan daging-daging dah dipotong. Sebab untuk menjimatkan masa kalau sembelih pada pagi hari majlis tersebut sempat tu memang sempat tapi bimbang tukang sembelih tu pulak tak sempat. Biasala melayu kalau janji mahu mula kerja jam 8 jam 9 baru mai.

Tak pe ke sembelih awal. Tak busuk ke daging tu. Tak pe tak de bau busuk. Sebab ada petuanya. Saya dah dapat info daripada mereka yang berkenaan bahawa cara untuk mengelakkan daging cepat busuk selain daripada letak dalam peti ais. Al maklum peti ais yang besar tak de jadi ada alternative sendiri cara orang lama buat kerja.

Caranya diorang tabur gula atas permukaan daging tersebut tapi awas! Jangan banyak ni bukan mau sira daging tapi hanya sekadar mahu nyah bau busuk. Satu malam daging masih dalam keadaan segar tidak berbau.

Itu antara petuanya.

Jadi pada waktu pagi tukang masak sudah boleh mula kerja awal sebab daging dah setel. Gulai pun akan masak awal.

Majlis kahwin atau majlis apa-apa yang dibuat dikampung memang meriah kerana semua hidangan menu dibuat secara gotong royong. Masak ramai-ramai maknanya tak de tempah. Masa jimat yang penting kos turut jimat. Harga barang naik so kena pandai berjimat cermat.

Masak gulai pulak pakai kawah.Kawah hitam legam memang menyelerakan. Sedapppp kalau masak pakai kawah memang saya tidak nafikan. Mungkin sebab kawah mukanya besar dan tidak ada tudung sebab tu segala benda haruman luar boleh masuk ke dalam kawah. Silap haribulan si binatang yang melompat terlompat ke dalam kawah ayoyoooo.






Tengok gulai yang sudah masak tidak terliurkah anda yang melihat. Maybe gulai kawah menjadi sedap kerana aura kawah yang hitam tu.

Persiapan awal pagi dah mula kemas apa yang patut. Susun kerusi meja buang sampah dan seumpamanya.



Lebih kurang jam 11 tgh semua menu sudah boleh dihidang. Sudah siap! Tapi ada lagi menu tambahan yang belum siap.

Buat kenduri kendara ni memang suka, salah satu sebab suka dapat berkumpul dengan ahli keluarga ramai-ramai dan satu lagi suka sebab penat tersengih-sengih dibuatnye. "Kenapa tersengih sorang tu man" "Aghrrr...penat ler angkat itu angkat ini jalan tak berhenti lagi ni dah berapa kilometer aku jalan dari pagi tadi!"

Penat tak pe boleh pahala tolong menolong.

Ops lupa dari tadi dok berceloteh pengantin terlupa nak kenalkan.

Pengantinye. Abang ipar saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...