-

Wednesday, March 17, 2010

Cinta Al-Hafiz( sambungan episod 1)

“Ooo Izhan ngan Aiman baru balik ye” Ibu mereka melontarkan kata-kata sambil turun melalui anak tangga dapur untuk mengambil air di telaga. Air yang tersedia di simpan di dalam tempayan besar yang di letakkan berhampiran dengan dinding pagar kayu. Tempayan tanah itu pun sudah kelihatan berlumut di sekelilingnya. Mungkin kerana sudah lama ia berjasa menyimpan air bagi Mak Jah sekeluarga. Walaupun pagar kayu yang sudah buruk itu tidak diletak sekalipun orang luar tidak akan nampak kerana dilindungi pandangan oleh rumahnya. Akan tetapi tidak beradab la pulak. Kemudian, keluasan tempat mandi mereka tidak luas mana hanya sekangkang kera namun tidak ada sebab untuk tidak dinamakan ‘bilik mandi’. Air, timba, baldi, gayung dan tidak lupa kain basahan, semua ada. Apa lagi, dah cukup untuk mandi bersihkan badan!

Ibu Aiman memang seorang yang rajin. Mengemas rumah di dalam atau luar dilaksanakannya seorang diri. Daun-daun kering yang jatuh berguguran ke kawasan halaman rumah tidak sempat untuk parkir sejenak, terus di sapu oleh Mak Jah. Kayu-kayan yang sudah di potong dan kering berlonggok di tepi rumah. Di susun rapi sekali oleh Mak Jah. Sampai si katak buta yang ingin melompat longgokan kayu itu pun tak lepas! kesian sang katak. Kadang-kadang kerja Mak Jah di bantu oleh Izhan termasuk juga Aiman. Walaupun umur dia baru melepasi 5 tahun. Akan tetapi, dia seakan pandai apa yang patut dibuat. Namun, nakalnya lebih.


“Izhan…sebenarnya ibu tak berapa suka kamu bawa adik pergi ke sungai” tegas ibu kepada Izhan yang sedang mandi di telaga. Aiman pula bercangkung di tepi menanti abangnya mengangkat timba untuk dijiruskan air. Dijirusnya Aiman.

“Eeee…juk juk..Abe air ejuk..” berliang-liuk tubuh Aiman apabila terkena air.

Mak Jah terus mencedok air dalam tong besar untuk dipenuhkan dalam baldi.

“ Kenapa bu” balas Izhan.

“Kan bahaya kat sungai tu, setiap tahun pasti ada je mangsa yang mati lemas” jelas Mak Jah kepada anak kesayangannya Izhan.

“ok lepas mandi cepat-cepat naik hari dah nak masuk waktu maghrib. Mandikan elok-elok Aiman tu. Rambut di belakang kepala bagi basah betul-betul” Mak Jah keluarkan arahan.

Tanpa berlengah, terus diangkatnya baldi yang sudah dipenuhi air ke atas rumah.

Waktu malam sudah menonjolkan wajah sebenar dengan gelap gelita. Bunyi burung hantu kadang-kadang kedengaran. Orang tua-tua dulu cakap apabila burung hantu berbunyi pada waktu malam begini menandakan ada orang yang akan mati di kampung tersebut. Kepercayaan khurafat sebegini tidak boleh dipercayai lagi. Kerana ini adalah kepercayaan orang jahiliyah dahulu kala. Di hening kegelapan malam, kelihatan jalur cahaya bulan yang malap tapi jelas kelihatan melintasi melalui celah-celah gerombolan awan yang berbondong-bondong. Pokok-pokok kayu kayan yang tumbuh di sekitar rumah Mak Jah sedikit sebanyak menghadirkan kegelapan yang amat.

Waktu maghrib sebegini biasanya Mak Jah akan mengajar Izhan mengaji al-Qur’an. Memang sudah menjadi rutin harian dengan jadual sedemikian.

“ A’uzubillahi”….Mak Jah mula membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an.
Sambil diikuti oleh Izhan yang duduk mengadap Mak Jah. Manakala Aiman pula berkopiah putih. Kopiah dah la besar saiznya, senget pulak di kepala. Menampakkan lagi kebudakkannya! Lucu sungguh Aiman ni.

4 comments:

Khairi Mohd said...

tuan blog dah balik kg ni. Boleh cari byk idea hehe.

comel dah cerita ni, kena baca lebih lagi.

bhai said...

meme kena banyok baco bagi mantap lagi penulisan..:)

Khairi Mohd said...

maksud ore, abe kena tulis lagi sebab ore nak kena baca cerita ni lebih byk lagi baru tahu jalan cerita dan plot, baru buleh komen huhu.

ni baru mukaddimah nak komen guano,

bhai said...

YO YO MEME NAK TULIH LAGI NI, SABER2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...